TM masih ingat satu ketika dahulu semasa Tun Mahathir menggulung ucapan penutup semasa perhimpunan UMNO di PWTC. beliau telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah Institusi latihan khas untuk UMNO. tapi rasanya sampai sekarang tak wujud lagi lah agaknya.
Sudah beberapa kali pilihan raya umum aku perhatikan, jentera pilihan raya UMNO lemah di peringkat bahagian. kelemahan amat ketara sekali dalam pru ke 12 kali ini. kalau dilihat jentera parti PAS pula amat berbeza, mereka jauh mendahului UMNO.
Tak perlu dikupas halus-halus. di sini, terlalu panjang untuk diceritakan, aku harap pru13 akan datang UMNO dan BN mesti mempunyai satu modul khas untuk jentera pilihan raya, dan mesti dilaksana kan dengan sempurna , teliti dan betul.