Sabtu, 26 April 2008

ISU KERBAU PENDEK

  1. Teringat kisah isu babi di Melaka , kerajaan negeri telah mengesan jumlah babi yang berlebihan dan kerajaan berusaha untuk memusnahkan jumlah babi yang berlebihan. Sayangnya usaha tersebut telah dihalang oleh pelbagai pihak. Pihak penternak telah membuat benteng manusia dan benteng kanak-kanak untuk menghalang usaha pemusnahan. Hasilnya usaha pegawai polis dan jabatan haiwan tergendala.
  2. Pada masa yang sama berlaku rusuhan di Kuala Terengganu. dan polis bertindak untuk mengembalikan keamanan. Di sini wujud tohmahan pihak pembangkang yang menyelar tindakan polis kerana bertindak ganas dengan orang dari parti pembangkang dan berlembut dengan penternak babi di Melaka. sehingga polis dihina begitu teruk sekali, begitu juga dengan Pak Lah turut dikaitkan dengan isu babi. 
  3.  Dalam ceramah politik, mereka ada menyebut,"badwi di Arab bela unta, badwi di Malaysia bela babi" Sakitnya telinga aku dengar..Tapi dalam masa yang sama beberapa parti pembangkang telah pergi ke Melaka dan membela penternak babi . bukti nya ada dalam YouTube.
  4. Isu babi timbul lagi di Selangor selepas PRU12. Pas menyokong penuh projek babi . Ini di ketahui umum apa yang disebut oleh Nik Aziz. Pembangkang beralih lagi dengan menuduh projek tersebut telah dirancang oleh BN sebelum ini. 
  5.  Kalau begitu kenapa tidak dibatalkan saja oleh kerajaan baru Selangor. Ini mereka yang beriya-ia ingin melaksana kan dan pada masa sama menyalahkan kerajaan lama kerana itu projek mereka.
  6.  Apa ini semua??? kalau dahulu mereka menuduh badwi di Arab bela unta hari ini mereka boleh kata pada diri mereka sendiri yang mereka ialah penternak babi di Malaysia.