Khamis, 17 April 2008

KENAIKAN HARGA BARANG SELEPAS PRU12

Nampaknya selepas PRU12 kenaikan harga barang keperluan makanan terus menjadi isu. Adakah kerana pihak pembangkang gagal menguasai kerajaan Persekutuan maka harga barang terus di manipulasi kan oleh kebanyakan peniaga , pemborong dan pengeluar makanan?

Harga beras dan bekalan beras dunia sudah mula meruncing, dan kesannya negeri jelapang padi kita yang dikuasai oleh pembangkang juga telah menaikkan harga beras. negeri-negeri lain masih belum ada masalah harga dan bekalan beras, negeri di bawah pembangkang ini mendahului senarai kenaikan harga beras.

Dalam kempen PRU12. Pihak pembangkang menaikkan poster. 'UNDI BN BARANG NAIK, UNDI LAH PAS, PKR DAN DAP"

Hari ini kita tunggu dan ingin mendengar apakah komen dan reaksi pakatan parti yang memerintah Perak, P.Pinang, Kedah dan Selangor. Apakah tindakan mereka untuk membendung kenaikan harga barang. Dulu pandai sangat kutuk dan hina BN kerana harga barang naik, minyak naik. sekarang sila kemukakan idea-idea mereka apabila rakyat yang memilih mereka...