Benci betul TM dengan puak-puak pelampau politik di Malaysia. Sejak dahulu lagi mereka sibuk menyerang dan mengutuk pemimpin UMNO. Zaman Tun Mahathir apa yang tidak dilabelkan....semua ada. MAHA ZALIM, MAHA FIRAUN dan macam macam lagi
Semua Pemimpin UMNO menjadi sasaran mereka. Hari ini Tun bukan lagi sasaran nya, sebaliknya Pak Lah dan Semua Menteri Besar dari kalangan UMNO. Tujuannya satu ,ialah untuk meruntuhkan UMNO dan BN. Hari ini mereka telah berjaya melakukannya.
Semalam Menteri Besar Kedah dengan sombong dan bongkak ingin menafikan kewujudan UMNO di Malaysia dalam PRU 13. Beliau ingin menjadikan Johor sebagai sebuah Muzium UMNO, ini bermakna semua negeri lain akan ditawan oleh mereka.
Ungkapan ini pernah didengar dalam PRU 11 yang lalu. Mereka berbangga kerana berjaya menawan Terengganu. Setelah berasa kuat dengan angkuhnya mereka yakin akan menguasai Pahang, Kedah dan Perlis. Tapi sayang yang dikejar tak dapat yang dikandung berciciran, akhirnya Terengganu kembali ke tangan UMNO.
PAS awal-awal lagi sudah mengaku kalah di Johor, ini bermakna mereka akan memperkasa kan jentera pilihan raya mereka di negeri-negeri yang diidamkan mereka. Saya berharap rakyat Pahang , Perlis ,Terengganu , Melaka akan menolak cita-cita tamak mereka.
Zaman Tunku Abd Rahman dahulu PAS lantang mengkafirkan Tunku dan semua orang dalam UMNO kerana UMNO bersatu dengan MIC dan MCA dalam pilihan raya di bawah satu lambang kapal layar iaitu PERIKATAN.
Sejak itu PAS melabelkan UMNO bukan parti Islam. UMNO sekular. dan Yahudi/Maju si. Zaman itu aku masih lagi kecil. Saban hari itu lah yang menusuk ke telinga aku. Masa itu hairan juga, kenapa UMNO di panggil parti Yahudi dan maju si. parti kafir. rupa-rupa kerana UMNO berkawan dengan MIC dan MCA.
Hari ini pula PAS berkawan dengan DAP dan PKR tak apa pula. Tak jadi Yahudi dan Maju si. tak jadi kafir pun. Sepatutnya orang-orang PAS hentikan mengkafirkan diri mereka sendiri kerana perbuatan mereka terang-terang bersubahat dengan parti yang jelas bersifat sekular.
DAP awal-awal lagi menolak kerajaan Islam dan PKR terang-terang merupakan parti sekular. sebab itu Anwar Ibrahim apabila dipecat dari UMNO terkapai-kapai mencari tempat untuk berdiri. Untuk masuk DAP tidak sekali. Untuk menyertai PAS mereka bukan sejiwa dengan PAS. PKR lebih kepada rebelion.
Berbalik kepada desak kan supaya Pak Lah meletak jawatan. Puak-puak pembangkang sibuk sungguh menulis dan bercakap di sana sini. kononnya Pak Lah tidak relevan lagi. UMNO tak relevan lagi. Umno nak diletakkan di muzium.
Sedapnya mulut mereka bercakap. dulu masa DAP kalah teruk tak ada pula mereka mendesak Karpal Singh dan Lim Kit Siang letak jawatan. Begitu PAS, apabila Terengganu jatuh ke tangan UMNO tidak pula mereka mendesak Hadi Awang untuk letak jawatan.
cukup sampai di sini dulu