Dato Seri Sammy Vellu telah berjaya dalam misinya bertemu JPA berhubung dengan biasiswa untuk bukan Melayu khas nya untuk kaum India. Hari ini dengan pengumuman kabinet telah melerai kemelut biasiswa.
Kisah bermula seorang gadis India dari Ipoh yang memperolehi 10A1 gagal mendapat biasiswa JPA untuk pengajian kedoktoran perubatan di luar negara. kes berikut merupakan kes terpencil yang bukan isu untuk diperbesarkan sehingga masuk dada akhbar. Ini kerana kebiasaannya seorang calon itu dinilai dari berbagai sudut. kokurikulum nya , penglibatan dalam pelbagai aktiviti sekolah, atau merit. Kalau markah nya rendah tak dapat 6 untuk Koku sudah tentu dia gagal. Tahun ini hanya 30 ribu lebih pemohon yang berjaya dari lebih 150 ribu permohonan diterima masuk ke IPTA. Kesemua 30 ribu yang berjaya masuk belum tentu akan berjaya dalam jurusan pilihan pertama mereka. Mungkin pilihan ke 7 atau ke 8 sahaja. Dengan demikian adalah tidak adil bagi individu seperti gadis India dari Ipoh tersebut menyalahkan JPA kerana gagal menyediakan biasiswa untuk pengajian kedoktoran beliau dia harus menerima apa saja tawarang yang diberikan.
Lain lah anak orang kaya yang mampu meghantar anak mereka ke luar negara dan memilih jurusan yang mereka suka. Di Malaysia IPTA mempunyai tempat yang terhad. Kalau Gadis India itu berasa dia seorang yang layak tetapi ada seribu lagi yang lebih layak dari dia, lebih markah merit diperolehi mereka.
Tahniah juga kepada. 45% bukan bumiputra yang akan menerima biasiswa JPA itu nanti. Harapan saya satu sahaja. Bila berjaya dalam pelajaran hendaklah balik ke Malaysia dan berkhidmat untuk negara dan jangan lupa menjadi pengundi yang memberi undi kepada BN. Jangan jadi seperti setengah ahli politik yang ada dalam Dewan Rakyat, bersekolah dengan wang kerajaan dan selepas berjaya menjadi penentang kerajaan. Ramai tu dalam dewan..yang macam tu