Khamis, 29 Mei 2008

INGAT TADI ADUN UMNO......RUPA-RUPANYA BUKAN

Prosiding lafaz talak isteri kedua Adun Melor ditangguh 2 Julai



KOTA BHARU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas Kelantan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini untuk mengesahkan lafaz cerai terhadap isteri keduanya, seorang warga Kemboja berketurunan Cina, yang dikahwini lima tahun lalu.

Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53, selaku defendan, yang tidak hadir di mahkamah semalam, mengemukakan permohonan itu menerusi peguamnya, Mahani Mustafa, 24, atas alasan sudah melafazkan cerai talak satu di rumah sewa isterinya, Siti Aishah Abdullah, 24, dekat Wakaf Mek Zainab, pinggir bandar ini pada 16 April lalu.

Prosiding permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 itu berlangsung dalam kamar Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan.



Siti Aishah yang diwakili peguam, Mohd Sibri Ismail, hadir mengikuti prosiding itu sambil ditemani bapanya, Kim Ti, 63.

Berikutan ketidakhadiran defendan, Nik Najib menangguh kan prosiding pengesahan lafaz talak itu kepada 2 Julai ini, bagi memberi peluang kepada Wan Ismail hadir di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz cerai terbabit.