Khamis, 22 Mei 2008

PERMIT DIGANTUNG BAS TERUS JALAN

Baru-baru ini Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan telahpun menggantung permit bas KONSOTIUM BAS EKRESS yang berpangkalan di Kamunting Perak.

Yang peliknya masih ada bas-bas tersebut beroperasi macam biasa. dan di stesen bas ekpress tak nampak pun kelibat pegawai JPJ untuk memantau atau menguat kuasakan hukuman yang telah dijatuhkan kepada konsortium tersebut.

Sekiranya dalam tempuh sebulan pengangtungan ini bas itu masih berjalan seperti biasa nampaknya BPR kena siasat ke akar umbi.

Kita tidak mahu melihat LPKP berdendang di dada akhbar. Kita mahu tindakan yang betul di ambil.