Selasa, 27 Mei 2008

TAHUN 2008 TAHUN MENCABAR

Tahun 2008 merupakan tahun lompat. tahun sukan Olimpik , Tahun yang ada 29 Feb, tahun yang penuh dramatik, panas, sejuk semua ada.

Tahun ini juga merupakan tahun malang buat UMNO. Kalau kemalangan di jalan raya berpunca dari kecuaian pemandu dan juga masalah teknikal kenderaan atau pun kesilapan orang lain. Anda bawa kereta betul dan berhemah pun kadang-kadang orang langgar kita. so nak kata apa, silap-silap duit pokek kita terbang sebab repair kereta. orang yang langgar kita lari entah kemana, walaupun report dibuat di balai polis, belum tentu kes atas selesai dengan mudah.

Dalam UMNO pula sama. buat betul pun orang kata salah, buat salah lagi lah di kutuk. hari hari UMNO dicaci , di hina di mana saja, di pasar malam UMNO di hina. Dalam Khutbah Jumaat pun sama. dalam ceramah agama pun tak lari dari dihentam habis-habisan oleh puak-puak laknatullah.

Mereka kata mereka betul, orang lain semua salah. Yang anihnya UMNO saja yang salah, DAP tak salah apa pun, PKR tak salah apa pun. Kalau ada salah pun mereka pejam mata sebelah, buat tak nampak.

Orang PKR membohong terang-terang pun mereka tak kutuk , tak cerca, ambil contoh Ezam lah, dalam satu ceramah dia kata dia telah serahkan bukti-bukti rasuah menteri menteri kepada PM. Dokumen setebal 600 muka surat siap dengan semua salinan bukti-bukti seperti invois dan sebagainya. Jelas omong kosong Ezam tu, tapi mereka tak kondem pulak.

Anwar juga salah seorang yang korup dalam BN dahulu, mereka kutuk dia habis-habis. tapi akhirnya bersekongkol pula mereka berdua,

Tadi aku ke pasar sehari. aku lihat seorang penjual kitab-kitab agama dan keset ceramah agama. Untuk menarik pelanggan datang ke gerainya beliau telah mainkan VCD ceramah agama . Aku lihat dari jauh saja, jelas suara dari peti tv boleh dengan dari jauh, salah satu isi ceramah dia kata, "Lihatlah dalam PRU12 baru ini , berpuluh-puluh buah bas telah disediakan untuk bawa pengundi balik ke Kelantan, Depa ingat boleh menang dengan berbuat begitu, tapi akhirnya mereka pangkah bulan purnama juga" Ini penceramah agama ke atau pencaramah politik? jawabnya ialah penceramah politik yang bertopengkan uztaz.

Hari ini PAS cukup takut dengan Islam Hadhari yang dianjurkan oleh PM. mereka kutuk habis-habisan dalam setiap ceramah agama di surau dan masjid apatah lagi dipentas politik.
Mereka takut sebab Islam Hadhari lebih popular dari Hukum Hudud yang diwar warkan oleh mereka satu ketika dulu. aku dah baca draf Hukum Hudud yang ditulis oleh Hadi Awang. Nak muntah dan loyar tekak aku baca. elok lagi karangan tugasan budak sekolah rendah.

UMNO ini macam perjuagan zaman nabi lah. yang menentangnya ramai. yang mengikut nabi hanya 40 orang saja. 50 tahun UMNO berusaha memajukan negara dan menegakkan syiar Islam. Anwar tahu semua benda tu, sebab dia masa dalam UMNO dialah hero yang mematahkan semua hujah-hujah PAS khasnya tentang pembangunan Islam yang dibawa oleh UMNO, dia sendiri kata, UMNO saja Islam Pas tak buat apa-apa dalam Islam. Tapi hari ini nada dia sudah bertukar sebaliknya,

Bab rasuah masa dia dalam UMNO dia bapa rasuah. semua orang tahu, sebab tu abang adik dan bapa dia jadi pengerusi sana sini. Duit raya anak-anak dia berpuluh ribu . sama juga dgn orang kanan yang amat setia dengan nya, duit raya anak berpuluh ribu,,

Dulu dia kata dia ada 10 kotak bahan bukti nak didedahkan, sampai sekarang tak nampak pun. sama macam cerita Ezam dgn 600 helai dukomen rasuah menteri. Auta saja,

Memamg lah UMNO kalah teruk dalam PRU 12 ini, tapi itu bukan berakhir segala-galanya. UMNO kalah kerana serangan bertubi-tubi dari PKR , PAS dan DAP. Serangan yang tak ditangkis. Misbun Sidek pun kalah kalau Mortem Prost smah dia tak henti-henti, tapi ingat itu bukan bererti tamat perjuangan. Lain hari berbalas juga.

Hari ini semua orang mengakui sms, email, blog, dan youtube memainkan peranan besar dalam meraih kemenangan. Ops ada satu lagi, pengedaran VCD juga menjadi satu media politik. selain dari merasuah pengundi. aku tahu ada jiran-jiran aku tadi kaum India di sogok dengan beras, gula, tepung dll supaya mengundi mereka, VCD tu pula semua kisah HINDRAF lah. dan Isu meroboh kuil-kuil. dan sebagainya,

Tentang kuil ini pulak satu masalah. mereka sedap sedap saja bina kuil ikut suka hati, macam di Taiping tahun lalu ada sebuah kuil baru di bina di Jalan Tupai.(Belakan Dewan MPT dan Padang Bola MPT) aku kata ia dibina secara haram kerana tidak ada papan kelulusan oleh PMT . sampai sekarang pembinaan masih berjalan. Kalau lah satu hari nanti kuil itu dirobohkan tentulah ia akan jadi isu, Sekarang tak apa lah sebab Perak di perintah oleh PR.

UMNO masih relevan, rakyat masih mengharapkan UMNO memerintah. PR tak lama . tak lama lagi musnahlah, Sebab rumah yang mereka bina di buat dari papan-papan dan kayu-kayu yang reput dan sudah di mamah anai-anai. Percayalah. UMNO akan kembali berkuasa untuk memerintah untuk kesejahteraan semua rakyat.

PAS UNTUK SEMUA? tunggu......