Selasa, 27 Mei 2008

INTAN!!!!!BALIKLAH

TAIPING: “Nenek tenat. Ibu rindukan Intan. Pulanglah,” Begitu rayu Jomedah Mokri, 49, kepada anaknya, Intan Nurhidayah Mohamad Jainy, 22, yang menghilangkan diri sejak lima bulan lalu.

Jomedah berkata, dia menemui anaknya kali terakhir pada Disember lalu sebelum Intan meninggalkan rumah di Parit Empat, Simpang Empat Semanggol, Bagan Serai, dekat sini, untuk mencari kerja di Kuala Lumpur.

Menurutnya, beberapa hari selepas anaknya berada di ibu kota berkenaan, Intan ada menghubunginya untuk memaklumkan sudah mendapat kerja di sebuah pasar raya di Shah Alam.

“Ia kali terakhir saya dengar suara Intan. Selepas itu, saya beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi gagal


Justeru, saya merayu supaya dia pulang segera ke rumah kerana begitu merinduinya selain neneknya juga tenat,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Jomedah berkata, Intan menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang pada April tahun lalu.

Menurutnya, Intan kemudian pulang ke kampung selama sebulan sebelum meminta izin daripadanya dan bapa tirinya, Abd Rahman Isa, 60, untuk pergi mencari kerja di Kuala Lumpur, kira-kira dua bulan selepas itu.

“Kali pertama Intan pergi ke Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu dengan rakannya bagi mencari pekerjaan. Selepas beberapa hari, dia memberitahu sudah mendapat kerja di sebuah restoran di Subang Indah, Selangor.

“Dia pulang ke kampung selama seminggu pada Disember lalu dan tetap ceria seperti biasa dan tanpa sebarang perubahan. Selain itu, Intan juga tidak berselisih faham dengan ahli keluarga,” katanya

Jomedah dan suaminya juga sudah menelefon kawan rapat Intan di Kuala Lumpur dan Shah Alam, tetapi masing-masing tidak tahu di mana anak perempuannya berada.

Justeru, dua laporan mengenai kehilangan Intan sudah dibuat di Balai Polis Simpang Empat, Semanggol pada 21 April lalu diikuti di Balai Polis Shah Alam pada 18 Mei lalu.

Jomedah meminta sesiapa yang mengetahui di mana Intan berada supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubunginya di talian 017-5813493, 012-5099131 ataupun 05-8993379.

BERITA DIPETIK DARI AKHBAR .