Khamis, 5 Jun 2008

KENA RAJIN CARI WANG

Rakyat negara ini mesti bangun dari lamunan dan terus bekerja untuk menyara hidup. Kesan dari kenaikan harga minyak dan beras akan menampah keperitan hidup kepada golongan berpendapatan rendah.

Dalam penilaian akulah,, masalah kemiskinan akan menjadi-jadi dikalangan orang melayu. Rata-rata orang melayu dari golongan pendapatan rendah yang aku temui menyatakan gaji mereka tak sampai seribu ringgit. isteri tak bekerja dan mempunyai anak ramai. aku bayangkan betapa berjimatnya mereka dalam perbelanjaan harian.

Oleh itu aku berharaplah, kerajaan dan pihak-pihak NGO mesti berusaha memajukan mereka. Bukan dengan memberi bantuan kewangan tetapi mengajak mereka berfikir bagaimana meningkatkan pendaptan keluarga,

Rata-rata mereka berusia dalam 30an dan awal 50an. Seruan ini adalah kepada suri rumah yang menghabiskan masa mereka sebagai suri rumah tanpa mendatangkan sumber kewangan kepada keluarga.

Aku perhatikan orang cina, suami isteri berusaha dan bekerja untuk menambah pendapatan keluarga, suri rumah melayu lebih banyak menjadi penonton tv setia saban hari saban malam tanpa memikirkan masalah ekonomi, semua diserahkan ke bahu suami.

Marilah sama-sama menghapuskan kemiskinan tegar dengan rajin bekerja. Jangan bazirkan tenaga yang muda , berusahalah untuk menghasilkan produk kampung atau apa benda sekalipun untuk menjana ekonomi rumah tangga.

Jangan pula masuk skim cepat kaya....