Selasa, 3 Jun 2008

PKR dan PBN DI DEWAN RAKYAT

Baru-baru ini timbul istilah PROJEK KHINZIR RAKSASA atau ringkasnya PKR dan PROJEK BABI NEGARA atau PBN.

Walaupun nampak lawak bodoh antara dua MP tapi ia memberi impak yang besar. Saya percaya insiden itu di tonton oleh kanak-kanak yang masih kecil. dan sudah tentu akan menjadi ajukan anak-anak kecil.

Ia samalah juga dua budak yang berlawan cakap (bukan bergaduh) dan kutuk-mengutuk antara satu sama lain. Bila sorang mengejek seorang yang lain makan mangsa ejekan akan berusaha mencari satu istilah lain yang boleh dan akan menyakitkan hati si pengejek tadi. maka terkeluarlah pelbagai istilah secara spontan dan menyakitkan hati.

Dalam hal-hal yang berlaku di Dewan Rakyat eloklah semua MP Barisan Nasional mengubah pemikiran mereka supaya lebih sopan dan jangan melayan karenah-karenah nakal puak-puak pembangkang. Atau lebih senang BN jangan mula dahulu usik-usik sinis ini. cakap biar yang logik saja. dan jangan bazirkan masa yang sangat berharga setiap kali berpeluang bercakap.

Contohilah kesopanan senator-senator di Dewan Negara yang nyata lebih patuh dan menghormati dewan.

Dewan rakyat hendaklah bebas BULI. Buli ini termasuk menghina secara lisan, memek muka, menunjukkan isyarat-isyarat jari dan tangan. suara-suara yang kurang enak. dan bermacam=macam lagi,

MP bukan tak faham peraturan dan tatasusila semasa di dewan.. Ingatlah kanak-kanak diluar yang akan menjadi pemimpin masa depan dalam 10 atau 20 tahun lagi...Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.