Ahad, 8 Jun 2008

TAK HABIS-HABIS DENGAN HINDRAF(klik )

Hujung minggu bandar Taiping sentiasa sesak terutama sekali di Jalan Stesen Kamunting, pintu masuk dari Lebuhraya Taiping Utara.

Petang Sabtu jalan tersebut jammed teruk dari bulatan pasar borong hinggalah ke kawasan sekatan polis di balai Kamunting.

Aku ingat polis mencari pembunuh dan kereta Myvi dalam satu kes bunuh di kawasan Kamunting Raya, rupa-rupa satu perhimpunan hindraf akan di adakan di Batu 4, Kem Tahanan ISA Kamunting.

Ingat Hindraf sudah hilang sokongan. rupa-rupanya silap, mungkin juga 33 anggota hindraf durjana yang telah di bebaskan oleh sebuah mahkamah di Selangor juga turut terlibat, siapa tahu kan.

Oleh itu eloklah polis membenteras kebangkitan kumpulan penyangak ini. Sesiapa sahaja yang berniat atau berusaha menyokong hindraf patut ditangkap dan ditahan di bawah ISA. Tak kiralah siapa dia, melayu Islam kah, kalau dia menyokong hindraf elok lah cekup dia awal-awal.

Amankan negara kita dari pengaruh hindraf dan campur tangan pelampau tamil seperti di Sri Lanka dan India