Khamis, 31 Mac 2011

DAP gagal tunai janji di Bukit Assek Sibu.

Dalam usaha meningkatkan peluang untuk memenangi empat kerusi di Sibu pada pilihan raya negeri 16 April ini, DAP akan membawa jentera parti untuk membantu bagi memberi kemenangan kepada Pakatan Pembangkang.

Empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi DAP ialah Dudong, Pelawan dan Bawang Assan serta mempertahankan Bukit Assek yang dimenangi oleh Wong pada pilihan raya negeri 2006.

Ketua Wanita DAP cawangan Sibu Alice Lau, 30, telah diumumkan sebagai seorang daripada calon dan terdapat spekulasi bahawa beliau akan diletakkan bertanding di Bawang Assan menentang penyandang Datuk Seri Wong Soon Koh, yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Kawasan DUN Bawang Assan yang majoritinya kaum Cina mempunyai 16,743 pemilih berdaftar.

Pada pilihan raya negeri 2006, Soon Koh, yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam memperoleh 6,804 undi menewaskan David Wong dari DAP dengan majoriti 2,504 undi.


DAP Bukit Asek memenangi pilihanraya 2006 lalu kerana berjaya membawa isu Jambatan Lanang. Jambatan tersebut  mengenakan tol yang dikatakan membebankan rakyat. Jambatan Lanang  sepanjang 1200 meter dan berharga hampir 200 Juta ringgit dibangunnya oleh pihak swasta dan sudah tentulah syarikat tersebut akan mengenakan cas yang bersesuaian dan dilulus oleh JKR.


Apabila Dap memenangi kerusi tersebut beliau gagal berunding dengan pihak pemaju untuk mengurangkan kadar tol tersebut.  Adun ini juga seorang yang banyak masalah dan tidak gemar untuk turun padang bagi membantu masalah penduduk. Oleh itu dalam pilihanraya kali ini adalah diharapkan kaum Cina yang majoriti di kawasan tersebut dapat mengambil dan menyerahkan semula kerusi tersebut kepada BN.


Ingat, walaupun bertol , kerajaan BN sudah berjaya membina jambatan tersebut dan masa perjalanan menjadi cepat dan lancar.


Arkib: posting lama mengenai jambatan tersebut

Tiada ulasan:

Catat Komen