Selasa, 13 September 2011

Mat Sabu mengampu polis pulak dah!

Eddy Kampar Rulezz wrote:

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa isteri dan anak perempuannya diancam akan disimbah asid oleh seseorang yang tidak dikenali.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kepala Batas di sini pada pukul 10.36 pagi.
Dalam laporannya, Mohamad berkata, ugutan itu diterimanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 27 Ogos lalu, kira-kira pukul 2 petang.
Ketika itu beliau berada di rumahnya di Guar Petai, Tasek Gelugor, di sini.
Pengirim SMS tersebut turut mencabarnya menyerang balai polis.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara tersebut.
-Utusan

- apasal pulak buat laporan polis??? report kat Chin Peng ler.... minta perlindungan secara total from PKM, bukannya mengadu kat PDRM. hari tu beria2 mengata PDRM tak habis2....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.