Hari ini hari ke 16 , PAS menghidupkan isu komunis.Setakat ini BN menyerang PAS melalui maki hamun ke atas Mat Sabu.
PAS masih terus menjawab.Buat kata Mat Sabu melalui facebook dan blog,kebangkitan anak muda,tidak dapat dielakkan.
Penulis menanti siapakah ahli akademik yang berjaya menulis kembali sejarah,menyatakan tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin ,Ustaz Abu Bakar Al-Bakir , Ibrahim Yaacob,Mat Kilau,Ahmad Bustamam ,dan lain-lain pejuang kemerdekaan.
Gambar ini dirakam semasa Mat Sabu turun ke Taiping untuk berceramah di Balai Islam Kampung Bukit Jana baru-baru ini.
Idris Ahmad pula mempertikai kan kenyataan Prof Dr Zainal Kling yang membetulkan fakta sejarah bahawa kita kena ubah fakta sejarah bahawa negara kita tidak di jajah sepertimana yang kita ketahui.
Zainal minta kita sedia menerima perubahan fakta sejarah.
Idris Ahmad tidak bersetuju dengan kenyataan Zainal tetapi pada masa yang sama Pas mahukan fakta sejarah diubah.
Jadi mana nak ikut, Idris Ahmad, Mat Sabu atau Zainal Kling?
Jika Mat Sabu mahukan perubahan fakta sejarah makan Pas kena terima kenyataan dan kertas kerja yang di bentangkan oleh Prof Zainal Kling tanpa syarat dan tanpa protes.