Oleh Syed Mu’az Syed Putra
GOMBAK, 11 Sept — PAS mencabar Umno menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah menjadi tanah jajahan British dan tidak dijajah oleh mana-mana kuasa asing lain. Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku kerajaan pusat yang memerintah negara sejak 54 tahun lalu Umno yang kini diterajui Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian parti itu.
“Umno harus nyatakan pendirian berhubung kenyataan MPN bahawa negara tidak pernah dijajah kerana implikasinya cukup besar... implikasi awam dan implikasi akademik.
“Umno perlu nyatakan pendirian sama ada sokong atau menentang kenyataan MPN itu, Umno tak boleh duduk diam kerana mereka adalah pemerintah, kita cabar Umno nyatakan pendirian. Kalau betul negara tidak pernah dijajah, kita minta sambutan Hari Pahlawan pada 16 September ini dibatalkan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Hari Terbuka PAS sempena Aidilfitri di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini.
Tegas Tuan Ibrahim, sejak isu itu dibangkitkan jurucakap MPN Profesor Datuk Dr Zainal Kling beberapa hari lalu, Umno masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas.
“Umno tak bagi apa-apa kenyataan lagi, apa yang dikatakan MPN itu adalah perkara penting, ia memberi implikasi yang besar kepada negara.
“Kalau Umno masih berdiam diri dan tidak mahu jawab kita boleh anggap Umno tidak bertanggungjawab,” katanya.
Jelas beliau, mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah juga akan menjadi masalah sekiranya fakta sejarah negara tidak tepat.
“Bagaimana dengan murid-murid sekolah yang mahu ambil UPSR nanti, mereka jadi keliru.
“Walau bagaimanapun Umno perlu jawab dan nyatakan pendirian mereka dalam hal ini,” katanya.
Selain Zainal, beberapa pakar sejarah seperti Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam menegaskan negara tidak pernah dijajah British.
Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran dengan kedaulatan tetap pada raja.
Penelitian The Malaysian Insider ke atas ucapan dan tulisan bekas perdana menteri dan perdana menteri sejak 1957 menunjukkan perkataan penjajahan British dan negara kolonial ada digunakan.
NOTA KAKI:
Pelik sungguh Pas, mereka Pas dan Dap mahu fakta sejarah ditukar. MPN pula telah membuat kejutan bahawa negara tidak pernah dijajah oleh British seperti mana yang di dakwa oleh kita.
Pas tak puas hati dengan kenyataan Prof Zainal Kling dan mencabar Umno supaya buat pendirian terhadap kenyataan MPN.
Jelas menunjukkan sikap Pas yang suka melaga-laganya orang atau mengadu domba. Itu sikap yahudi yang suka menjadi batu api.
Sebenarnya MPN berhak membentangkan kajian mereka dan apa kata mereka akan diguna pakai oleh negara. Malah Pas juga patut akur dan bersetuju dengan MPN.
Jika Pas terlalu bijak untuk ubah fakta sejarah , silakan dan bentangkan kepada ahli akademik untuk diperbincangkan.
Pas hari ini ingin mencari populariti dengan mengajak pihak-pihak Umno untuk bedebat. Berdebat cara Pas adalah satu tindakan bodoh.
Hari ini MPN sudah buat roadshow untuk memberi penerangan kepada orang ramai. Inilah yang menyebabkan Pas panas bontot. Mereka mahu debat tetapi Umno tak layan.
Terima debat Pas apa yang dapat? Cuba lihat debat Anwar vs Sabry dulu, tak ada hasil apa pun.
So tak payahlah nak minta debat lah Pas. Lebih baik Umno buat kerja untuk rakyat daripada berdebat macam budak sekolah. Pas tak akan mengaku kalah dan tetap akan membertulkan hujah mereka walaupun salah. bak kata peribahasa melayu Menegakkan benang basah.
Kemudian berlangsung pula debat Lim Guan Eng dengan Koh Tsu Koon.
Seterusnya Karangkraf menganjurkan debat dan yang terakhir ialah Ambiga dan SPR.
Penonton pihak Pembangkang jadi macam beruk sarkas. Apa hasil? Tak ada apa pun.