Isnin, 9 Januari 2012

Kes Menteri Besar Mahkamah

Semua orang masih ingat kes Zambry vs Nizar dalam kes menuntut hak jawatan menteri besar yang sah.

Apabila YAB Dato Sri Dr Zambry di lantik oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar menggantikan YB Dato Sri Nizar Jamaluddin telah menyebabkan Nizar membawa kes ke mahkamah.

Akibatnya Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur telah mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Bagaimanapun keputusan mahkamah tinggi tersebut telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dan menyebabkan Pakatan melebelkan Dr Zabry sebagai Menteri Besar Mahkamah dan bukan keputusan rakyat.

Hari ini sejarah berulang lagi di Mahkamah Tinggi memutuskan YB Dato Sri Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana pendakwaan masih meragukan hakim.

Walaupun Anwar memang ada meliwat Saiful jika dirujuk kepada keterangan Karpal Singh dan cubaan Anwar mengelak untuk bersumpah, khalayak yakin Anwar memang meliwat berdasarkan keterangan saksi dan tingkahlaku Anwar.

Anwar sendiri terkejut dengan keputusan hakim kerana dia tahu dia akan disumbat ke penjara.

Eloklah kes ini dirujuk ke mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan atau yang terbaik sekali ialah Mahkamah Syariah kerana di sana Anwar akan dikehendaki bersumpah dia tidak meliwat Saiful sekiranya gagal menemui keputusan samada bersalah atau tidak.

LIWAT TETAP LIWAT

Hari ini penyokong Pas boleh lah melebelkan Anwar sebagai Peliwat Bebas oleh mahkamah sama seperti mereka menggelarkan MB Perak sebagai MB Mahkamah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Komen