Jumaat, 14 Julai 2017

Berita pilihan hari ini

*‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*Salam Perak Amanjaya & Salam 1Malaysia.*

🇲🇾🗞 *_BERITA PILIHAN HARI INI_*
==========================
*14 Julai 2017 - Jumaat*
*20 Syawal 1438 Hijrah*

➡ *NASIONAL*
1. KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) perlu proaktif memperkukuhkan kemajuan industri kenaf ke arah kesejahteraan pekebun kecil dan keseluruhan industri.
2. BEHRANG: Sebanyak 16,534 kampung seluruh negara mendapat manfaat pelancaran aplikasi 'iDesa' yang menyediakan platform perkongsian maklumat asas kawasan luar bandar.
3. KUALA TERENGGANU: Urusan pengeluaran MyKid akan disiapkan dalam tempoh sehari di 17 Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara mulai Ogos ini.
4. KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa ketiga meninggal dunia akibat jangkitan wabak rabies di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, hari ini.
5. PUTRAJAYA: Malaysia yakin penjenayah yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine tiga tahun lalu, akan dibawa ke muka pengadilan.
6. KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menjelaskan borang 'Maklum Balas Rumah Berkunci' yang viral di media sosial tiada kaitan dengan taktik rompakan seperti didakwa.
7. KUCHING: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap tidak timbul sebarang spekulasi berhubung kelulusan pelaksanaan enakmen syariah yang memperuntukkan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Kelantan.
8. KANGAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyifatkan inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memberi biasiswa kepada mualaf melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi sebagai amalan murni cerminan Islam.

➡ *POLITIK* 
1. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkongsi pengalaman meninjau dan mencuba tren Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa kedua yang bakal beroperasi Isnin ini, termasuk melalui laluan terowong bawah tanah sedalam tujuh tingkat seperti di London dan Paris.
2. KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyarankan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melakukan pembersihan menyeluruh dalam organisasi itu bagi memulihkan semula imejnya yang terjejas, baru-baru ini.
3. KUCHING : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga dua beradik yang maut selepas dijangkiti virus anjing gila 4 Julai lalu.
4. SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak menggunakan budi bicara dalam isu premium tanah untuk pembinaan balai bomba dengan mengenakan bayaran nominal RM1 sebagaimana dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila melibatkan projek berkepentingan rakyat.
5. KUALA LUMPUR – Dua pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) digesa menggunakan forum Nothing To Hide 2 sebagai platform membersihkan nama dan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan ahli parti di peringkat akar umbi.

➡ *EKONOMI*
1. KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) generasi kelimanya, CR-V dengan sasaran jualan 700 unit sebulan.
2. KELANA JAYA: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berharap Bank Negara Malaysia (BNM) dapat memberi kelonggaran terhadap kriteria pinjaman perumahan.
3. IPOH: Kilang milik Proton Holdings Bhd (PROTON) di Proton City, Tanjung Malim, akan menjadi perintis dan kilang automatif induk pertama berfungsi menggunakan sepenuhnya teknologi baharu Revolusi Keempat atau Industri 4.0 di negara ini.

➡ *AGAMA*
1.Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya." (Surah Ali-Imran, ayat 130)

➡ *LUAR NEGARA*
1. TOKYO: Jumlah kematian akibat banjir dan hujan lebat di Jepun meningkat kepada 30 orang, kata pekerja penyelamat yang meneruskan usaha mencari mangsa yang masih hidup.
2. WELLINGTON: Ribut dengan kelajuan 160 kilometer sejam bersama hujan lebat dan salji melanda pulau selatan serta mengganggu penerbangan dan bekalan elektrik di seluruh New Zealand hari ini.
3. SYDNEY: Satu gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Papua New Guinea (PNG) hari ini, kata pihak berkuasa namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

➡ *SUKAN*
1. KUALA LUMPUR: Skuad Piala Emas Raja-Raja Kuala Lumpur yang meletakkan sasaran awal mengulangi pencapaian tahun lalu akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi edisi 2017, hujung minggu ini
2. SHAH ALAM: Tempoh latihan singkat sehari bukan masalah kepada skuad bawah 22 tahun negara (B-22) apabila menundukkan skuad B-22 Myanmar 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
3. KUALA LUMPUR: TNB Thunderbolts terus memperkasakan program pembangunan hoki apabila akan memanggil 23 pemain remaja terbaik seluruh negara bagi menghadapi tiga aksi persahabatan melawan skuad kebangsaan Singapura bermula 21 Julai ini.
4. LONDON: Novak Djokovic mengakui perlu berehat panjang selepas kecederaan siku memaksanya menarik diri daripada saingan suku akhir tenis Kejohanan Wimbledon berdepan Tomas Berdych.
5. TOKYO: Bintang Barcelona, Lionel Messi berharap kehadiran pengendali baharu, Ernesto Valverde dapat membantu gergasi Catalan itu menebus kekecewaan.

====Jauhi Fitnah===