Selasa, 22 Julai 2008

ANWAR SEMAKIN TERTEKAN TUDUNG BUDU SUDAH TERBUKA

Anwar tak yakin perbicaraan adil
Oleh Rosli Abdul Jalil dan Mohd Roji Abdullah
bhnews@bharian.com.my

BATU PAHAT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa kerajaan sudah menetapkan hakim yang akan mengendalikan perbicaraan membabitkan kes tuduhan liwat ke atasnya.memang lah kerajaan kena tetapkan hakim. hakim yang tulen sahaja akan dipilih. kalau dah tahu hakim pro Anwar buat apa pilih dia, seperti juga pengadil bola, kalau seorang pengadil selalu memihak kepada satu pasukan dan trek rekod ada bukti dia bias, maka jangan lah pilih. Anwar takut lah tu, maklumlah dah rasa gubra....pekung telah bernanah dan busuk

Anwar dalam ceramah pada siri jelajahnya di sini berkata, beliau tidak percaya dengan jaminan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kes itu akan ditangani seadilnya di mahkamah.Dia tak percaya kepada semua orang di Malaysia ni, yang dia percaya ialah sabahat dia di Iraq, Turki dan USA.

"Beliau (Syed Hamid) kata nak serah nasib saya pada hakim, tetapi saya dengar jika kes saya dibawa ke mahkamah, beliau sudah pilih hakim," katanya di depan kira-kira 6,000 penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini, malam kelmarin.Bukan penyokong tu tetapi pendengar dan pengadil rakyat. lepas ni sudah tentu mereka dah tak mahu sokong dia lagi. terjerit-jerit lah sorang diri.nanti

Anwar berkata, beliau tidak yakin dengan sistem perundangan dan kehakiman negara kerana sudah terbukti ada hakim yang tidak boleh dipercayai.kalau dah tak yakin mohon lah kerakyatan negara-negara lain, pergi lah merambus dari bumi ini...

"Menteri Dalam Negeri tak bacakah laporan Suruhanjaya (kes video VK Lingam), hakim kena beli, hakim penipu, hakim makan duit rakyat, hakim dapat banglo...ini tak bacakah? Saya tak tahu macam mana jadi Menteri ni.

"Sebab itu, kita kena buat perubahan cepat kerana jika ini berterusan, siapapun tidak akan percaya dengan sistem perundangan dan kehakiman negara kita," katanya.Ini macam ku klax klan di USA lah memang dasar ekstrimeisme

Beliau turut mempertahankan keengganannya memberi sampel darah untuk ujian DNA kerana mendakwa polis negara ini tidak profesional.

"Saya memang tidak akan bagi darah kerana darah itu akan disimpan polis dan budak itu (Saiful) juga kini dalam simpanan polis.kalau tak salah , tak liwat dan tak buat apa-apa kenapa takut?

"Apa akan jadi jika darah itu atau DNA saya dicampur dengan darah budak itu, kemudian periksa darah saya dan mereka akan padankan, jahanam lagi saya," katanya.

Anwar mendakwa, keengganannya memberi sampel darah itu juga dipengaruhi penasihat beliau daripada kalangan peguam, doktor malah ulama, termasuk pemimpin negara dari seluruh dunia melarangnya berbuat demikian.Pengikutnya nak hidup senang kalau Anwar jadi PM. nanti..

"Pakar bedah jantung dari Washington baru hubungi saya, katanya Anwar... jangan bagi sama sekali. Kemudian pakar DNA Indonesia pun bagi nasihat sama, kawan saya dari Arab malah Perdana Menteri Afrika Selatan, pun hubungi saya dan menasihatkan saya supaya jangan bagi," katanya. apa buktinya.....sila beri buktinya...Robin Hood , hercules, Ben Hur semua larang Anwar bagi DNA...porah cit...

Sementara itu di KUANTAN, Anwar mendakwa tindakan pihak berkuasa ingin mengambil DNA sebagai usaha untuk mengaibkannya seperti 10 tahun lalu. bagi sajalah. kalau kerajaan buat tak betul saman lah balik mascam lu bikin sama Musa Hasan, Gani Patail dan lain-lain.

Beliau menyifatkannya sebagai 'ulang tayang' peristiwa kes liwatnya dibicarakan pada 1998.kalau takut ulang tayang jangan lah buat jahat

"Dia ambil darah saya, percik ke tilam, kemudian dia kata, tengok Anwar main atas tilam.

"Cuba bayangkan...terkejut saya dan Azizah (isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail), anak-anak, anak perempuan, keluarga dan satu Malaysia," katanya berucap di di Kampung Razali, Jalan Gambang dekat sini, kelmarin.
terkejut ker???? Dey tambi...porah cit...

rahsia dah pecah..tunggu saja di mahkamah nanti
Cetak artikel |