Selasa, 22 Julai 2008

Proton Perdana V6 VS Kompresor E200

KUALA TERENGGANU: Pembelian 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif yang kini digunakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri bukan bermaksud meminggirkan kereta nasional, sebaliknya ia bagi mengurangkan kos selenggara kereta yang digunakan sekarang yang agak tinggi.

Sebuah akhbar semalam melaporkan Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 buah Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif.

Kereta berkenaan yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.

Ahmad berkata, apa yang dibuat bukan untuk memperkecilkan kereta nasional, tetapi hakikatnya kerajaan negeri membelanjakan wang yang banyak hanya untuk penyelenggaraan kereta rasmi dan selepas kajian dibuat kerajaan merasakan kewajaran untuk menukar kenderaan rasmi kepada kenderaan yang penyelenggaraanya lebih rendah.

"Saya boleh tunjuk rekod dari segi penyelengaraan kereta yang terpaksa dibayar kerajaan negeri berikutan masalah penyelenggaraan dihadapi," katanya.

Beliau turut menjelaskan ada kereta yang digunakan Exco terpaksa dihantar servis dua atau tiga kali membabitkan kos selenggara RM50,000 serta bermasalah bila digunakan untuk perjalanan jauh.

Untuk itu katanya, kerajaan memutuskan untuk menukar kenderaan rasmi bagi menjimatkan kos penyelenggaraan jangka panjang selain mempunyai nilai jualan balik yang tinggi serta terbukti lebih menjimatkan penggunaan minyak.

Memang ada kebenaran Kereta Perdana ada masalah yang banyak. Sebab tu Airport Limo pun tak berminat menggunakannya.

Orang persendirian pun yang dah beli Perdana, ramai yang jual semula dan menggantikan dengan kereta import yang setaraf harganya dari Jepun dan Korea. atau kereta kompresor terpakai.Masalah Perdana ialah Gear Otomatik. kalau rosak kos nya 25-26 ribu ringgit.

Tetapi dari segi arahan dan hukum MB Terengganu kena lah ikut arahan. dalam Pekeliling kerajaan pun dah sebut kena guna Perdana V6. jangan lah lawan. Kalau kos servis dan alat ganti 50 ribu pun duit tu pusing kat dalam Malaysia juga, tak lah pergi ke Germany.

Satu lagi yang pelik ialah tidak ada penganugerahan pingat kali ini, kenapa berlaku demikian? tak buat kerja ker? bermasalah betul kali ini.