10 Ogos 2008 genap 61 tahun usia anak kepada bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Datuk Hj Ibrahim dan Datin Che Yan Hussein. Dari sorang yang kanak-kanak yang dilahirkan dan dibesarkan dalam kehidupan mewah. dia berjaya meletakkan dirinya di MCKK sebaris dengan anak-anak orang-orang kaya di zaman nya.
Hari ini anak itu sudah menjadi jutawan, harga bergunung. rumah nilainya melebihi nilai harga 1000 buah rumah penduduk miskin di Permatang Pauh atau Caruk Tok Kun, itu rumah barunya. belum di kira rumah lama di bukit damansara yang cukup stylo.
Apa buah tangan nya di Permatang Pauh, Ingin mencari sebuah rumah anak yatim yang di tanggungnya di sana, Ingin melihat sebuah masjid yang besar dan indah di Permatang Pauh hasil tangannya. ? Sejak tahun 1982 hingga kerusi di sandang oleh isterinya, apakah buah tangan yang telah ditinggalkan di sana?
Tak ada, tak ada apa-apa. Tak ada sesuatu pun yang manis yang boleh diingati sampai ke anak cucu. Dalu dia ingain memintal awan untuk diukirnya nama Mahathir , tetapi bila tercampak dari perahu Tun, dendam membara samapai ke saat ini. Pernah dia berkata ingin kencing di atas kubur Tun. kalau tak silap.
Dalam Islam sifat pendendam adalah ditegah sama sekali. oleh itu pengundi Permatang Pauh. Pilihlah wakil anda yang tinggal didekat di hati anda. bukan di Bukit Segambut.