Jumaat, 15 Ogos 2008

Khidmat Dr. Mohd Osman ditamatkan di Pusrawi

.fullpost{display:inline;}

Khidmat Dr. Mohd Osman ditamatkan di Pusrawi14-08-2008 02:10:13 PM PETALING JAYA: Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid- doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu, yang mendakwa dia diliwat, telah ditamatkan perkhidmatannya. Demikian komen Pengurus Besar Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob ketika ditanya mengenai tindakan ke atas doktor terbabit setelah beliau tidak kembali bertugas sejak 1 Ogos lalu. “Mengikut undang-undang buruh jika seorang pegawai yang diambil kerja ikut kontrak, gagal kembali bertugas selama 5 hari berturut-turut perkhidmatannya akan ditamatkan secara automatik tanpa perlu memberi sebarang notis,” katanya kepada mStar Online hari ini.Tambah beliau, gaji doktor tersebut juga tidak akan dibayar kerana beliau gagal menghubungi Pusrawi selepas tempoh cutinya tamat iaitu pada 1 Ogos.Difahamkan beliau sepatutnya kembali bertugas pada 1 Ogos lalu setelah mengambil cuti selama kira-kira 3 minggu selepas memeriksa Saiful pada 26 Jun lalu.Namun beliau terus menghilangkan diri dan usaha pihak Pusrawi menjejakinya juga gagal.“Kita telah cuba menghubunginya namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil,” katanya. Kini telah hampir sebulan Dr. Mohamed Osman bercuti dan tiada siapa tahu ke mana beliau pergi. Jelas Wan Mahmood, mengikut undang-undang buruh pekerja yang tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang notis akan diberhentikan secara automatik. Baru-baru ini Dr. Mohamed Osman, menggemparkan negara apabila mengeluarkan satu akuan bersumpah yang disiarkan di portal berita Malaysia Today. Dalam akuan bersumpah berkenaan Dr Mohamed Osman mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful yang dibuat di Hospital Pusrawi, beberapa jam sebelum Mohd Saiful membuat laporan polis dia diliwat.Jumaat lalu pihak polis mengesahkan mereka telah memulakan siasatan bagi mengesahkan kesahihan akuan bersumpah yang disiarkan di portal berita, Malaysia Today, kononnya dibuat oleh Dr Mohamed Osman.baca artikel asal di mstar online
==================================================================
Ada pendapat menyatakan bahawa doktor itu dah balik Myanmar, kenapa dia lari? Mungkin atas sebab atas rasa bersalah kerana kenyataan beliau bahawa tak ada kes antara Saiful dan Anwar.
Persoalan lagi, Bagai mana Malaysia Today mendapat maklumat dari doktor tersebut? Adakah mereka mengugut beliau dan keluarga beliau? Sila awak buat laporan bertulis bahawa tidak ada kes liwat berlaku atas Saiful. Kalau doktor diugut kenapa dia tidak membuat laporan polis?
Atau adakah dia menerima habuan yang besar kerana membuat kenyataan tersebut.? Yang mana satu betul

Yang pasti ramai penyokong Pkr dan Pas percaya akan laporan doktor tersebut, sehingga berani meninggikan suara," kerajaan saja menfitnahkan Anwar. Laporan doktor sah bahawa Saiful tidak diliwat kenapa kerajaan masih ambil tindakan kepada Anwar.?'

Hebatnya impak laporan doktor tersebut? Tepati dia kini sudah menghilangkan diri. Ini bermakna kenyataan adalah palsu. yang pasti penyokong Anwar telah percaya.

Bijak anak kroni ini.....salahkan aku kata famili kroni.? tak salah, bapa dia ahli parlimen. dia juga sama, isteri dia juga sama, anak dia juga sama, semua ahli parlimen. kroni dan nepotisme
Diharap pihak polis dapat mencari dan menyiasat kenyataan doktor tersebut.