Terkejut aku tengah hari ini bila melihat selonggok najis daripada Anwar Ibrahim di dalam Masjid Jamek Kamunting.
Dia nak bertanding di Permatang Pauh tetapi kenapa kempen politiknya sampai ke Kamunting Perak.
Najis jenis apakah yang dilonggokkan di masjid ini? Najis tersebut adalah berbentuk edaran bersaiz A3 kalau tak silap saya. cetakan berwarna berjudul ANTI KONSPIRASI. Mempunyai 4 muka surat.
Saya yakin edaran ini bukan di Masjid Kamunting Perak sahaja tetapi seluruh negara. Minta Polis, SPR, BPR dapat menyiasat motif edaran ini dan juga KDN yang mengawal percetakan dapat menyiasat perkara ini.
Tajuk halaman pertama.
- kalah debat Anwar ditangkap.
- pemimpin tertentu Umno engkar fatwa ulama
- tiga bulan lagi ekonomi Malaysia parah
- lawan tetap lawan
- polis arah Anwar ditelanjangkan, diukur bahagian sulit
- Pak Lah disanggah bertubi-tubi
- formula turun harga minyak buat kerajaan panik\
- fahami hukum qazaf
- siap hadapi pilihanraya dan ke Putrajaya
- ulamak dan sarjana Islam dunia bela Anwar
- kes 1998: darah Anwar direnjis atas tilam
- Rodwan curi DNA Anwar.
- kisah Nabi Yusuf
Jelas sekali dia menggunakan pilihanraya kecil kali ini untuk menutup keburukan dirinya atau istilah tepat 'helah bela diri'