Yang ramai ialah bekas-bekas ahli Semangat 46 dan juga Pas. Pas hanya menangguk di air keruh ketika itu. Pas lakukan perkara yang sama pada Semangat 46.
Selepas logo dan bendera rasmi dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur , Ia seolah -olah montaj atau triller sebuah wayang gambar. Secara otomatik ia menarik golongan bukan Melayu di tanah air untuk menjadi ahli PKR.
Kehebatan dan kelayakan bukan melayu ini berjaya menguasai atau mendominasi semua jawatan dan ruang-ruang dalam parti.
Secara tak langsung orang melayu yang sama-sama bermandi peluh , berhujan dan berpanas dalam pembelaan semasa pemecatan beliau secara perlahan-lahan dipinggirkan. Ramai orang melayu sedar dan meninggalkan perjuangan peribadi beliau.
Golongan bukan melayu yang rata-ratanya adalah dari golongan intelek dan kaya juga yang menjadi atau penyokong Freemason di Malaysia telah nampak akan signal dan lambang mereka dalam bendera PKR.
Ini telah menambah ribuan ahli-ahli bukan melayu dalam keadilan semata-mata kerana bersetuju dengan sign atau logo PKR.
Mungkin rekaan logo itu bukan hasil pemikiran atau thinktank Anwar. tetapi telah di watikahkan kepada beliau oleh pihak tertinggi kumpulan tersebut.
Orang melayu dan ahli Pas tak sedar akan kewujudan ini. Tulisan ini bukan untuk kempen politik di Permatang Pauh. tetapi untuk memberi peringatan kepada rakyat Malaysia betapa ganas dan jahatnya seorang manusia bernama Anwar.