Begitu lah Anwar, dia adalah individu yang bijak mencari penyokong. Bakatnya sebagai pemidato handalan sukar dikalahkan oleh mana-mana individu di tanah air kita. Pas dan Dap pun senang dan mudah di patahkan hujah mereka dalam kempen-kempen politik sebelum ini.
Zaman beliau dalam Umno, dia lah senjata terakhir Umno dalam menghadapi kempen politik di saat akhir dalam mana-mana pilihanraya umum atau kecil. Bila Anwar turun sahaja, orang semua yakin dengan cakap-cakap dia dan kerusi pilihan raya itu sudah tentu akan dimenangi oleh BN.
Hari ini dia di pihak lawan bersama Dap dan Pas. Kedua-dua parti ini masih tunduk dengan Anwar dan menganggap beliau adalah ketua mereka. pemimpin agung mereka masa kini. Pas dan Dap tak berani angkat muka kalau berdepan dengan Anwar sejak azali lagi.
Pas dalam marah macam mana pun kepada Anwar akan tetap membantu Anwar dalam Pilihan raya kecil kali ini. begitu juga halnya dengan Dap.
Tanpa Anwar tiada Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Anwar adalah reformer yang handal. Anti kronisme. Anti minyak naik, anti rasuah, anti konspirasi, anti ISA, anti macam-macam lagi.
Semuanya adalah hasil pemikiran Anwar yang diperolehi dari barat. Yang hairan Pas menyokong semua gerakan anti ini tanpa merujuk kepada majlis Ulama dan syura Pas . Sepatutnya apa juga tindakan Anwar hendaklah merujuk kepada dewan ulama Pas dahulu. Bukan memberi sokongan memBABI buta.
Lepas selesai pilihanraya ini boleh lah cari coffee boy yang baru , yang lagi cun dari Saiful.