'Muka tembok 'Itulah peribahasa yang dapat dibandingkan dengan Anwar. Setelah dibelasah teruk dalam Muktamar Pas di Ipoh dia masih juga hadir ke majlis perasmian muktamar parti itu kerana ingin mencari sokongan,
Nik Aziz dan Hadi Awang pula hari ini kata perbuatan sumpah itu bodoh dan tak ada dalam Islam dan perbuatan itu meniru kerja kristian. Semalam Nik Aziz kata betul, hari ini kata salah, macam tok guru ikan kepala besaq lah.
Bagaimana pula halnya majlis angkat sumpah menerima watikah menjadi ahli parlimen dan menjadi MB kelantan? Angkat sumpah juga, tetapi biasalah Pas, orang lain buat semua tak betul tetapi apa mereka buat semuanya betul.
Prosedur sumpah Saiful tu betul seperti dibuat dalam mahkamah syariah. Apa lagi nak di komen oleh Pas. Pas pun bukannya betul sangat dalam mengendalikan kes-kes syariah. Lihatlah kes Mat Sabu. Salah banyak. Kes-kes keluarga Islam di Kelantan juga banyak tetapi apakah pendekatan syariah yang dibuat oleh Pas.? tak ada apa pun. Harap mulut saja berbelit-belit macam ular kena katuk.