"Itulah manusia munafik akhir zaman, sanggup bersumpah junjung Quran, tak takut dengan azab Allah. Berapa juta dia dapat daripada kerajaan agaknya bila sanggup mengangkat sumpah memfitnah Anwar?"Itu lah yang masuk ke telinga aku tadi semasa ke satu majlis kenduri kahwin.
Memang panas isu ini. Dalam suasana perhimpunan kenduri begini adik beradik sanak saudara boleh bertengkar jika membicarakan soal politik tanah air.
Masa aku kecil dulu pun isu politik banyak dibualkan di majlis kenduri dan ada yang sampai bergaduh dan mengeluarkan golok melapah daging gara-gara politik Umno dan Pas. Itu bagi kaum lelaki diluar rumah. Kaum ibu di dapur juga tak kurang hebatnya, ada yang sampai Baling membaling , maki hamun dan ada yang lari balik malam malam buta gara-gara bertengkar soal politik, yang bergaduh itu bukannya orang lain , pupu papat dan jiran-jiran.
Dalam majlis kenduri yang aku hadir tadi , keliling aku bercakap menyokong Anwar. Mereka mengharapkan akan kemenangan yang besar berpihak kepada beliau, dan berharap agar dapat menjadi Perdana Menteri secepat mungkin. Supaya negara menjadi sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin Islam tulen yang tidak ada kroni dan rasuah. Aku hanya mengangguk kan kepala sahaja , dalam hati tuhan saja yang tahu. Hairan masih ramai lagi yang belum mempunyai jati diri, belum arif akan politik melayu dan tanah air. yang penting bagi mereka ialah kepuasan hati , sanggup menjadi Pak Pandir moden abad 21.
Kasihan Saiful, buat lah apa pun orang menganggap dia pendusta dan munafik. Lantak lah nak percaya ke tidak ke? yang penting tugas Saiful sudah cukup untuk membebaskan diri dari kemelut politik Anwar. Bagai yang disebut oleh Najib, terpulanglah kepada rakyat untuk mempercayainya atau tidak. yang penting ialah tanggungjawab.