Rabu, 6 Ogos 2008

Lebih elok dipercepatkan - Aishah Ghani

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Veteran UMNO menggesa Ketua Pergerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz menyerahkan teraju kepimpinan sayap itu kepada Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan parti Disember ini.

Tan Sri Aishah Ghani yang juga bekas ketua pergerakan itu berkata, adalah lebih elok proses tersebut dipercepatkan kerana penyerahan jawatan selepas pemilihan adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dibuat sebelum ini.

Beliau berkata, langkah itu jika diteruskan akan menyebabkan Shahrizat hanya menjadi pemangku sehingga pemilihan pergerakan yang akan datang.

''Ketika saya ingin menyerahkan jawatan ini kepada Rafidah pada 1984, saya mengumumkannya beberapa bulan sebelum pemilihan bagi membolehkan beliau dipilih oleh perwakilan secara sah dan bukannya selepas itu.

''Langkah ini dibuat kerana Perlembagaan parti tidak membenarkan Ketua Wanita melantik penggantinya secara terus, sebaliknya ia perlu dilakukan oleh perwakilan ketika pemilihan pergerakan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar, Jainab Ahmad yang mahukan penyerahan jawatan dipercepatkan bagi membolehkan Shahrizat memilih sendiri gandingannya.

Kenyataan Jainab itu turut disokong oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh, Abaidah Zainuddin dan Ketua Wanita Bahagian Batu, Maimunah Alwi yang berpendapat penyerahan jawatan selepas pemilihan akan menyebabkan Wanita tidak mempunyai naib ketua yang akan dikosongkan oleh Shahrizat.



BETUL , BETUL , BETUL , BETUL , DAN BETUL TAMATKAN TUGAS DISEMBER INI. UMUMKAN TIDAK AKAN MEMPERTAHANKAN JAWATAN. UMNO BUKAN SDN BHD