Rabu, 6 Ogos 2008

BULAN KEMERDEKAAN DATANG LAGI

Negara sudah merdeka selama 50 tahun. tahun lalu kemerdekaan di sambut dengan penuh meriah dan penuh kemewahan, tetapi tahun ini kita menyambut kemerdekaan untuk kali 51 dengan sedih dan pilu.Sedih sebab tahun ini kita menghadapi kemelesetan ekonomi (betulker) peruntukan kecil untuk sambutan kemerdekaan. belanja berhemah. berjimat dan berpada-pada dalam perbelanjaan.Semuanya gara-gara minyak naik. Sedih kerana negeri aku bukan lagi diperintah oleh kerajaan yang aku sokong. sedih parti yang aku sokong kalah teruk.

Ini semuanya kerana pembohangan pembangkang yang berjaya meracun pemikiran rakyat. Rakyat yang setiap bulan dapat gaji dari kerajaan pun sanggup kata kerajaan tak betul.

Puak-puak pembangkang pula menuduh;
50 tahun rakyat ditipu oleh kerajaan zalim .
50 tahun kerajaan UMNO membina kekayaan ahli keluarga.
50 tahun rakyat tertipu,
50 tahun rakyat miskin tidak terbela.
50 tahun kerajaan membela kroni-kroni.

Betulker?

Yang aku nampak orang cina memang sudah tentu maju dan jaya sejak azali lagi.Orang melayu juga sudah jauh lebih maju berbanding sebelum merdeka. Orang Parti Pas dan Dap dapat hidup dengan tender-tender kerajaan.

Ramai orang Pas dapat kontraktor kelas A,B,C,D,E,F dan ramai yang jadi kontraktor bekalan dan perkhidmatan.

Ramai orang melayu yang dahulu nya jadi pion atau opis boy hari ini sudah mampu bawa kereta Mercedes , Porche Ceyenne dan Nisaan Murano. atau Toyota Wish. Tang mana yang kata kerjaan tipu rakyat dan abai kan rakyat.

Bersyukur aku menjadi rakyat Malaysia, segala-galanya ada di sini, yang kaya kerana rajin berusaha, yang maju dan berada di tahap tertinggi kerana rajin bekerja tanpa jemu. Apa yang tak cukup lagi? Apa yang tak betul lagi?

Apakah program kemiskinan 'bersamamu di tv3' menjadi kayu ukur rakyat kita miskin? mereka bukan miskin, mereka sebenarnya sakit. dan sakit mereka perlu dirawat. mereka tak mampu untuk merawat diri mereka.

Alhamdulillah. Hari ini pion dan opis boy yang sudah kaya raya sudi menghulurkan bantuan dengan pelbagai bentuk dana bantuan untuk golongan ini. ramai anak-anak mendapat faedah. Makan, pakai , dan segala jenis bantuan diterima.

Yang pelik ada yang menipu untuk mendapat bantuan. Bila dapat wang dia buat isi minyak kereta Kia Spectra . bukan nak beli baju dan kasut anak. Dah lah menipu pihak yang membantu , tipu anak sendiri pulak tu.

Bulan ini semua orang akan kibarkan bendera. Ada yang melekatkan bendera di bonet kereta, ada yang pacak atas bumbung kereta, tetapi sayang berjuta juga bendera malaysia yang di panggil Jalur Gemilang bertaburan di gelek, dilenyek oleh kenderaan di jalan raya. Sedih melihat bendera dalam keadaan begitu.

Sudah 3 tahun aku tidak memasang bendera pada kereta. bukan apa, takut bendera jatuh kebumi, tak sempat nak sambut. Agaknyalah kita hari ini terkena sumpahan Jalur Gemilang.

Bendera yang sepetutnya di tempat yang baik kita biarkan bertaburan di atas muka bumi. sedih....sedih...