06/08/2008 2:00pm
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pejabat Peguam Negara akan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, esok.
Notis bertulis untuk Anwar hadir di mahkamah telah disampaikan kepada beliau tengah hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang melibatkan Anwar.
Katanya, ia berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia wujud dalam sistem perundangan negara.
Menurut beliau, kertas siasatan telah dimajukan ke pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan dan memutuskan untuk mendakwa Anwar di Mahkamah.
Notis bertulis itu telah diserahkan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pareira kepada Anwar di kediamannya di Segambut Dalam di sini pada pukul 12.05 tengah hari ini.
----------------------------------------------------------------------------------
Inilah yang ditunggu oleh Anwar, Sudah tentu dia akan hilang kelayakan untuk bertanding di Permatang Pauh dan dia akan menyalahkan polis, mahkamah, undang-undang negara dan juga semua orang yang terbabit. Hanya dia saja yang betul saja. Dia akan mendakwa kerajaan takut dia menjadi PM dengan mengambil alih kerajaan 16 September depan. sebab itu kerajaan menggunakan mahkamah untuk menyekat peluang dia untuk menduduki Putrajaya.