Betul . Tak sampai 2 jam kenyataan bahawa dia akan di dakwa esok Khamis 7 Ogos 08 Anwar telah menyalahkan Pak Lah.
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Perdana Menteri sebagai orang yang mengarahkan supaya dakwaan kes liwat ke atasnya dibuat di mahkamah esok.
Bercakap pada sidang media di sini petang ini, Anwar berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanggungjawab terhadap perkembangan terbaru tuduhan liwat oleh bekas pembantunya.
Beliau juga menuduh Perdana Menteri cuba mengalihkan tumpuan orang ramai terhadap masalah yang dihadapi dalam negara. - AP