Selasa, 5 Ogos 2008

Pemilihan UMNO Bahagian ada persamaan dengan Moto GP

Mungkin ada orang yang akan tertawa dengan post kali ini, Mungkin ada yang akan pertikaikan perbandingan ini. Mana boleh pemilihan Parti dibandingkan dengan motogp.

MotoGP pun ada unsur politik juga, begitu juga halnya dengan Formula 1. tetapi dalam motoGP lebih mudah di buat perbandingan.

Ambil contoh Velentino Rossi.Dia bermula pada usia yang sangat muda dalam kelas 125cc. setelah beberapa lama berjaya menempa nama dalam kelas 125 maka dia beralih pula dalam kelas 250cc dan dengan bakat dan kecekapannya , dia dapat menumpaskan jaguh-jaguh lama dalam kelas 250cc dan akhirnya dengan keupayaan dan usianya yang masih bertenaga dia terus mengorak langkah kepada kelas motoGP 800cc. Sudah banyak tahun dia berjaya mengekalkan kejuaraannya dengan nombor 46.

Disini saya ingin mencari titik persamaan dalam UMNO, Seorang pemuda yang cemerlang di cawangannya layak mencuba nasih di peringkat Pemuda Bahagian, dan seandainya cemerlang di peringkat pemuda bahagian maka dia layak mencuba di peringkat yang lebih tinggi samada menjadi AJK bahagian atau menjadi Naib Ketua Bahagian atau pun Timbalan Ketua Bahagian.

Tetapi ada setengahnya berada dalam keadaan tidak cemerlang diperingkat asal perjuangannya tetapi ingin naik lebih tinggi dengan tiada rekod kecemerlangan di peringkat sedia ada untuk dibawa bersama.