Isnin, 4 Ogos 2008

Anak-anak hari ini terlalu di manjakan

Tadi siang aku melawat satu blog kisah budak hari ini tak tahu peribahasa 'mandi peluh' dan 'kaki ayam'

Memang betullah budak hari ni belajar sains dan mat dalam bahasa Ingeris, kelemahan dalam bahasa melayu agak teruk terutama anak-anak bandar.

Satu kisah anak ajak opah pergi kedai jalan kaki tapi kena ikut regulation macam naik kereta. pusing round about baru sampai kedai, padahal lintas jalan dan lintas divider pun dah sampai.

satu cerita lagi kisah ibu bapa merungut sebab hantar anak ke maktab perguruan di Pahang.Dia kata teruk, toll mahal dan minyak mahal. jenuh lah orang yang susah nak hantar anak dia.

Aku kata balik. orang susah tak susah sebenarnya. anak mereka boleh pergi sendiri. naik bas atau naik keretapi. dahulu zaman kita kenapa boleh naik bas, nak keretapi nak daftar diri masuk u dan masuk maktab. nak masuk sekolah asrama tingkatan satu pun ramai yang pergi sendiri, usung beg dan junjung beg. naik turun bas,tu tak kira lagi sesat jalan.

Budak-budak hari ini sekolah depan pintu rumah pun kalau boleh nak dihantar denga kereta atau motor.

Nak mula kerja pun emak bapa kena ikut dua tiga hari, kena cari rumah, kena beli kereta bagi, tak mampu beli kereta kena beli motor bagi.

Ada kawan-kawan dah beranak pinak pun cukup bulan minta duit kat emak bapa lagi. Gaji besar beribu-ribu. tak entah kemana pergi duit. asyik minta dari emak.

Anak yang mengaji di U pulak satu hal. dapat duit PTPTN tak sampai sebulan duit dah habis, dia tahu emak bapak ada. apa susah, tak cukup sms ayah , sms emak minta bank in duit dalam akaun depa.