Sabtu, 30 Ogos 2008

Perak Hari Ini.



Pagi tadi semasa hendak ke Kuala Kangsar untuk sama-sama menyertai Himpunan Melayu Muda penulis telah singgah di sebuah gerai untuk bersarapan pagi. Secara kebetulan seorang YB Perak dari Umno sedang minum diwarung yang sama, sempat kami berbual-bual sambil sarapan. Isunya tidak lain dan tidak bukan ialah mengenai politik tanah air khususnya di Perak.

Beliau menceritakan Politik Perak hari ini seperti politik India. Kerajaan India menyokong kumpulan-kumpulan agama Islam dan memberi bantuan kewangan, supaya pengikut kumpulan Islam ini terus dengan agenda agama dan tidak perlu mengganggu atau mencampuri urusan-urusan politk negara.

Perkara yang sama di lakukan di Perak. Pas hanya berurusan dengan hal ehwal agama Islam saja. Ceramah sana- sini, melayan tetamu-tetamu Pas saban hari yang membuat kunjungan hormat kepada MB. Hal-hal pentadbiran tanah dan ekonomi semuanya diuruskan oleh pihak satu lagi.

Mesyuarat exco juga tidak boleh di adakan seandai dua orang kuat parti komponen PR tidak dapat hadir.(gambar)

Beliau juga sedih mengenai urusan pemberian tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru dan meminggirkan penduduk melayu yang tinggal di TOL. kalau nak bagi tanah bagi semua supaya adil.

Selesai makan kami pun beredar, beliau YB akan ke perasmian program kemerdekaan . sempat juga penulis promote blog Taipingmali kepada beliau . YB itu rakan lama penulis, walaupun dah bergelar Datuk mulut penulis masih sasul dok sebut hang dan aku. nak buat macam mana dah kenal lama...sorry lah Datuk dia pun kata ok...kita dah kenal lama.