Hampir semua cawangan Umno seluruh negara kecuali Sarawak sudahpun melaksanakan tanggungjawab dengan menjalankan persidangan tahunan. Yang nyata persidangan tahun ini meriah, panas , ada yang menangis dan ada yang bermuram durja.
Dalam persidangan pemuda. Adalah sukar untuk mengumpul 9 orang ahli untuk menjalankan persidangan. walaupun ramai anak muda mendaftar sebagai ahli.
Ini disebabkan ramai pemuda-pemuda Umno tidak berada di cawangan kerana mereka belajar atau pun bekerja di luar kawasan. Malahan ketua pemuda sendiri ramai yang berada diluar kawasan. AJK peringkat Umno cawangan yang rata-rata dari golongan dewasa dan veteran terpaksa berusaha keras untuk mengumpul anak-anak buah supaya dapat balik untuk bersidang.
Begitulah senario politik Umno hari ini. Hasil usaha pemimpin untuk memajukan negara telah dapat di lihat di sini. Mungkin awal tahun 70an dahulu tidak menjadi masalah untuk menzahirkan sebuah perhimpunan tahunan peringkat cawangan kerana rata-rata pemuda zaman itu bekerja dan tinggal di kawasan.
Begitu juga hal nya dengan puteri dan wanita, ramai ahli nya berada di luar kerana bekerja, belajar atau mengikut suami. Rata-rata yang hadir ialah kaum ibu dan nenek-nenek yang masih utuh dan kuat semangat perjuangan mereka , sanggup hadir walaupun uzur.
Semasa PRU 12 pula ramai remaja melayu mengusung bendera Pas, Dap dan Pkr pada motosikal mereka. Siapa mereka? Jelas menunjukkan anak-anak muda ini adalah anak-anak pembangkang bukan anak-anak orang Umno.