Khamis, 7 Ogos 2008

TIANG LAMPU TUMBANG SENDIRI ATAU DITUMBANGKAN

Kalau tuan-tuan pernah melawat ke Taman Tasik Taiping akhir-akhir ini? mungkin anda sedar akan kecacatan yang terdapat di sepenjang laluan taman tersebut yang berhampiran Hotel seri Malaysia menghala ke Zoo dan ke Rumah Rehat.

Pemandangan indah di sekeliling jalan taman tersebut hari ni sudah cacat. Cacat di sebabkan beberapa batang tiang lampu antik telah hilang dan ada yang tumbang tersadai di tepi jalan.

Beberapa kemungkinan yang menyebabkan tiang tersebut tumbang dan hilang? Pertama ialah kerana harga besi buruk dan tembaga yang tinggi dipasaran barangan lusuh.Tak mungkin tian-tiang tersebut tumbang kerana proses besi reput atau dilanggar kenderaan. Andaian yang logik ialah besi dan dawai elektrik di curi oleh kawak-kawak profesional.