Hari ini satu dunia dah tahu. Anwar di tuduh di mahkamah. Kenapa dia tuduh? Sebab ada kes, hasil aduan Saiful di pondok polis hospital dan hasil siasatan polis terhadap kedua-dua individu dan juga saksi-saksi telah menyebabkab Anwar di dakwa hari ini.
Pun begitu masih ada mulut-mulut nakal yang terdiri dari cerdik pandai masih menuduh kerajaan sengaja menfitnah Anwar.
Laporan doktor sudah jelas menyatakan Saiful tidak di liwat, kenapa Anwar masih didakwa? kenapa tidak di gugurkan sahaja. Kenapa tidak menggunakan Alquran dan hudud? kenapa tak rujuk ulamak dan umarak dalam kes ini. kenapa Saiful tidak didakwa atas tuduhan melaku pembohongan di mahkamah. wah bukan main banyaknya kenapa...
Marah betul mamat tersebut dengan tindakan polis mendakwa Anwar di mahkamah hari ini.(siapa mamat tersebut? seorang penyokong parti pembangkanglah) tak adil Anwar di fitnah sebegitu rupa. Saiful sepatutnya membawa atau menunjukkan 4 saksi yang beliau diliwat. kalau tak ada 4 saksi, dakwaan mesti di tolak. Kita tak boleh main-main dengan hukum Islam.macam-macam lagilah merepek si mamat tu.
Itu lah hujah-hujah bukan dari mamat tu dan satu malaya kita mungkin akan dengar nada yang sama oleh penyokong Pas yang membela Anwar di luar sana. Nak kata apa lagi memang sudah dasar mereka begitu. tak guna akal semasa bercakap , main ikut emosi dan perasaan hasil pengaruh ustaz-ustaz Pas. Anwar sentiasa di pihak yang betul dan tidak bersalah. Jelas menunjukkan isu liwat menjadi modal ustaz-ustaz Pas dalam meraih sokongan parti mereka.
Yang si Anwar pula hari ini mempertikai kenapa Saiful tidak didakwa? kenapa dia saja di dakwa? Hoi Anwar.....hang kena ingat hang naik ke mahkamah kerana Saiful yang buat dakwaan. jadi di mahkamah di sebut Saifu VS Anwar..bukan UMNO VS Anwar, bukan Kerajaan VS Anwar.
==================================================================================
Kronologi detik Anwar muncul di mahkamah hari ini
BERIKUT PERKEMBANGAN YANG MENYENTUH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
07-08-2008 01:21:30 PM Oleh AFFIFUDDIN ISHAK dan NURUL AIN HUSSEIN
9:20 pagi : Salah seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Gobind Singh Deo tiba di perkarangan mahkamah.
9:30 pagi: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di perkarangan mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar. Pakatan Rakyat mengadakan sidang media kira-kira pukul 9.40 pagi.
9:40 pagi: Peguam Anwar, Sivarasa, Saiful Izham dan Latheefa Koya masuk ke dalam mahkamah.
9:42 pagi: Anwar tiba bersama dengan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya iaitu Nurul Izzah. Turut mengiringi, Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua.
9:50 pagi: Peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus masuk ke dalam mahkamah.
10:40 pagi: Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.
11:35 pagi: Anwar meninggalkan perkarangan mahkamah.
Artikel setakat ini sahaja.Maklumat asal mStar Online
==================================================================================
KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak akan dituduh di mahkamah kerana beliau adalah pengadu serta saksi utama kes liwat membabitkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini berkata agak mustahil pengadu terhadap kes jenayah yang dilakukan terhadap dirinya didakwa di mahkamah.
Awal hari ini, Anwar mempersoalkan kenapa hanya dirinya dituduh dengan kesalahan itu.
Beliau berkata kertas pertuduhan yang dikemukakan hari ini secara jelas menyatakan Mohd Saiful bersetuju melakukan perbuatan seperti didakwa dan pendakwaan sepatutnya juga turut mendakwanya.
Anwar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya itu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Beliau dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Mohd Saiful, 23.