Khamis, 7 Ogos 2008

Kementerian Penerangan lancar portal Myblog

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan hari ini melancarkan Myblog, sebuah portal yang membolehkan rakyat membangkitkan sebarang pandangan mengenai isu semasa dan dasar kerajaan.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Chik, berkata rakyat tanpa mengira fahaman politik juga bebas memberi cadangan dan komen berhubung artikel yang disiarkan laman web itu.

Ia boleh dilayari di alamat myblog.gov.my.

Sah hari ini blog bukan lagi goblog seperti yang telah disebut oleh Zam satu ketika dahulu. Tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery Chik.