Selasa, 26 Ogos 2008

TIBA MASA UNTUK BLOGGERS BUAT BEDAH SIASAT DALAM POST SELEPAS INI

BN sudah tentu akan membuat pembedahan selepas ini dan bloggers juga mempunyai pandangan sendiri tentang faktor kemenangan Anwar dan faktor kekalahan BN.

Pilihanraya ini bukanlah perlawanan Arif vs Anwar, tetapi perlawanan Umno dan Anwar. Umno merasakan sukar untuk menentang Anwar di kubu kuatnya. 

Umno hendaklah memikirkan apakah kaedah-kaedah terkini yang sesuai dengan perubahan masa dan generasi hari ini. Kita bukan lagi berada dalam tahun 50an, atau 70an.  Dahulu pengundi adalah terdiri dari penduduk setempat. Pengundi hari ini tinggal di tempat lain  dan mengundi ditempat lain. 

Sebagai contoh kekalahan Umno di Kelantan adalah faktor pengundi yang balik kampung. Mereka balik bukan  sahaja  balik dengan tangan kosong tetapi balik dengan ideologi atau pemikiran  baru yang di perolehi di tempat kerja dan tempat tinggalnya. Kepulangannya juga memberi impak yang besar kepada pengundi tempatan. Pengundi tempatan akan lebih percaya kepada anak-anak yang balik untuk mengundi daripada mempercayai ceramah-ceramah atau kempen politik.

Strategi dan jentera pilihanraya Umno adalah sama di mana-mana pilihan raya kecil atau umum sejak berkurun lamanya.  Jentera pilihan raya hendaklah sentiasa bersiap sedia sepanjang tahun, bukan hanya bila ada pilihanraya baru Umno membentuk jentera dan jawatankuasa.   

Umno dan Bn hendaklah membentuk kumpulan pakar dalam jentera peringkat pusat, negeri dan parlimen.  Jawatan kuasa ini hendaklah terdiri dari individu yang pakar dari segala segi. perundangan, psikologi, statistik, motivasi dan lain-lain kemahiran.  Hari ini kita hanya bergantung kepada sumber tenaga yang ada di kawasan sahaja, beruntung sekiranya kawasan tersebut mempunyai kumpulan pakar sendiri.   Ahli politik setempat juga ramai bukan pakar, ada antara mereka langsung tak tahu apa nak dilakukan untuk mengatur strategi pilihanraya.