KUALA LUMPUR 28 Ogos - Sebanyak 9,342 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memasuki Sabah tanpa dokumen perjalanan telah berjaya diberkas dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Abdul Aziz memberitahu, dalam tempoh yang sama sebanyak 154,798 warganegara asing telah memasuki negeri tersebut.
Tambahnya, kerajaan telah mengambil empat langkah bagi menghentikan kemasukan PATI ke Sabah.
''Empat langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah operasi penangkapan PATI, pengusiran pulang ke negara asal, memperketatkan kawalan di pintu-pintu masuk dan sempadan negara serta menggalakkan kerjasama, penyertaan dan kesedaran orang awam untuk membanteras PATI," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Eric Enchin Majimbun (BN-Sepanggar) yang ingin tahu jumlah warganegara asing yang memasuki Sabah pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) sama ada kerajaan mengetahui satu projek yang dinamakan Projek Mahathir di mana PATI diberi kerakyatan, Nazri menegaskan tuduhan Kit Siang itu adalah tidak adil kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kerana beliau tidak ada di sini untuk menjawab tuduhan tersebut.
Tegas beliau, kerajaan tidak akan memberikan status kewarganegaraan kepada mana-mana orang yang tidak berhak untuk menjadi warganegara.
''PATI ini sebenarnya adalah pendatang haram, macam mana orang yang datang secara haram diberikan keistimewaan untuk menjadi warganegara," katanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
ULASAN: Kalau diikutkan peraturan kerakyatan Suruhanjaya Reid jus soli mereka boleh diberi kerakyatan Malaysia . Mereka adalah orang Melayu yang tidak berapa bijak. sebab itu mereka tidak berjaya seperti orang pendatang dari negara lain yang bergitu bijak mengatur strategi sehingga menjadi rakyat dan warganegara.
Kenapa Lim Kit Siang tidak membangkitkan perkara ini juga, kenapa hanya nampak orang dari Filipina sahaja. Sebelum dan selepas Merdeka ribuan kaum pendatang mendarat di seluruh Nusantara atau Kepulauan Melayu untuk mencuba nasib kerana difahamkan rantau ini menjamin akan kemewahan dan kekayaan.
Penulis dahulu rajin berbual atau mengorek cerita-cerita manis mereka bagaimana mereka boleh datang ke rantau ini, semuanya disebabkan kesusahan. Peperangan demi perangan dan akhirnya dalam usia bawah 12 tahun ibubapa mereka sanggup melepaskan anak-anak mereka untuk belayar mencari peluang untuk hidup di rantau ini.
Semuanya di atur oleh klan klan atau persatuan suku kaum. Ramai juga antara mereka datang kerana terikat dengan perjanjian untuk menjadi buruh atau dikenali sebagi 'coolies'
Dalam usia muda remaja mereka telah dibekalkan dengan sekampit beras, sebiji bangku yang boleh dijadikan bantal, sebotol kicap besar, dan beberapa biji buah kana untuk bekalan sehingga sampai ke rantau ini. Buah kana bukan untuk dimakan tetapi untuk mendapatkan rasa masin sahaja. selepas dilulur-lulur dalam mulut buah kana diluahkan kembali untuk makan di masa lain bersama nasi bubur.
Tan Sri Lim Goh Tong adalah merupakan contoh mereka yang telah berjaya membina empayar kekayaan di Malaysia. Pada usia 19 tahun beliau telah mengikut jejak sepupunya untuk datang ke Malaysia pada tahun 1937.
Tan Sri Loh Boon Siew juga berjaya di Pulau Pinang. beliau telah datang ke P.Pinang dengan sebuah bot kecil semasa berusia 12 tahun.
Di Perak Ngah Ibrahim membuka pintu kepada ramai pendatang untuk bekerja di lombong bijih milik nya di sekitar Klian Pauh. Hak melombong telah diberi kepada beberapa pertubuhan klan Cina. dan sehingga berlakunya peperangan larut yang mengorbankan beribu-ribu nyawa. Tiga peperangan larut berlaku di Perak antara tahun 1861 hingga 1874 dan ditamatkan dengan Perjanjian Pangkor.
Matapelajaran Sejarah satu ketika dahulu bukan menjadi pelajaran wajib mesti dikembalikan supaya generasi akan datang dapat kenal asal usul mereka. Penulis tak mahu mengulas atau mencerita banyak bab ini , nanti dituduh perkauman.
Baru-baru ini penulis bertanya kepada beberapa orang anak-anak muda. "Awak tahu apa itu jus soli? Semua menjawab tak tahu. Itu belum di tanya tentang perang dunia pertama dan kedua.
Rakyat Malaysia tidak harus menjadi rakyat Amerika yang buta sejarah. Usaha membutakan sejarah tanah air mungkin disebabkan perancangan halus orang luar terutama geng mata satu dunia supaya rakyat sesebuah negara melupakan sejarah awal mereka.
Penulis semasa kecil diajar Tawarikh dan dalam buku tersebut , Mat Kilau, Tok Bahaman di panggil sebagai Penderhaka British. Penulis pernah dimarahi oleh guru tawarikh kerana mempertikai kan topik tersebut. (masih segar dalam ingatan) Bila naik sekolah menengah pelajaran ini diwajibkan sehingga tingkatan 3 sahaja, selepas itu ia bukan lagi menjadi subjek wajib.
Hari ini pelajaran sejarah telah kembali menjadi pelajaran wajib dalam tingkatan 4 dan 5. Tahniah kepada kementerian terbabit. Cuma ahli-ahli sejarah hari ini perlu memikirkan tentang isi kandungan sejarah supaya ia dapat menjadi panduan dan rujukan yang telus, jelas dan terang.
Walaupun pahit , fakta sejarah perlu di sejarahkan di dalam minda anak-anak muda. Tak perlu menunggu mereka memasuki menara gading baru hendak diceritakan segala-galanya, sudah terlewat.
Kementerian patut meletak target, apabila seorang rakyat warganegara mencapai usia 17 tahun dan menduduki SPM mereka mesti lulus metapelajaran sejarah.
Zaman penulis dahulu siapa yang gagal Matematik dan Bahasa Melayu tidak akan di beri sijil SRP/LCE.
Hari ini semua orang sudah tahu bahawa Ahmad dari Bukit Bendera telah digantung tiga tahun keahlian Umno , demikianlah padahnya bila beliau terlepas cakap.
Selepas ini diharap BN juga hendaklah adil kepada semua komponen parti. Seandainya ada yang bermain api. BN hendaklah berani mengambil tindakan. bukan berat sebelah. Undang-undang parti telah di rujuk. Sebagai rakyat dan ahli Umno yang setia diharapkan Datuk Ahmad dapat bersabar dengan hukuman tersebut. Jika dibandingkan dengan Tun Mahathir hukuman gantung 3 tahun adalah ringan.