Isnin, 13 Oktober 2008

Ketua Bahagian Baru di Taiping.

Sabtu dan Ahad kelmarin seluruh peminat politik dari UMNO atau pun dari parti pembangkan tertumpu kepada pemilihan peringkat bahagian.

Jawatan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita amat dinantikan keputusannya. Ramai yang sanggup tunggu sehingga lewat petang semata-mata ingin melihat calon sokongan mereka menang atau sebaliknya.

Di Taiping Ketua Bahagian beralih ke muka baru iaitu Datuk Hj Salimin dan Ketua Pemuda disandang oleh YB Zahir Adun Kamunting yang menggantikan tempat mantan Ketua Bahagian iaitu Datuk Hj Abdul Malek Hanapiah yang telah menjadi Ketua Bahagian sejak 1993.

Geraf Datuk Abdul Malek sudah jatuh sejak PRU 11 lagi. Pada masa itu ramai mahukan orang lain sebagai Wakil Rakyat Kawasan Kamunting. Tetapi nama beliau terus naik dan berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti yang semakin merosot.

PRU12 YB Zahir telah berjaya mengekalkan kerusi UMNO di kawasan Kamunting sejak berkurun lamanya, Seandainya Datuk Malek masih dikekalkan sudah tentu kerusi ADUN Kamunting jatuh ke tangan pihak Pas yang sudah lama mengidamkannya,

Datuk Salimin seorang yang rajin dan bijak dalam bidang perniagaan. Seorang yang berjaya dalam bidang yang diceburinya, Penulis mengenali beliau sejak beliau sering membantu ayahnya, seorang arkitek terkenal di Taiping ( Pak Tam siapa tak kenal) Bah kan rumah penulis juga telah dilukis oleh adik beliau arwah Sham yang meninggal dunia dalam peristiwa tanah runtuh Hill View Ampang.

Harapan agar beliau akan kerap berada di Taiping dan sentiasa memberi perhatian dan bekerjasama dengan YB Zahir akan dapat memajukan ekonomi dan politik di Taiping.

Umno Taiping juga mempunyai dua orang blogger yang aktif menulis . Selain penulis ialah blog Sangkut-sangkut. Muzamer Hj Ismail.

Perjuangan belum berakhir, Musuh masih berusaha untuk menjahanamkan UMNO. Misi kita juga ialah untuk menghancurkan musuh kita. Isyaallah ..