Ekonomi dunia semakin gawat. Beberapa hari lalu didedahkan dalam media, beribu-ribu kereta tersadai di pelabuhan Amerika kerana gagal di hantar ke destinasi akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia dengan mendadak.
Filipina dan beberapa negara rantau Asean sudah merasai kesan kemerosotan ekonomi global. Cuma kita di Malaysia masih seperti biasa kerana belum mendapat tempiasnya. Nilai ringgit masih kukuh di pasaran. Kerajaan setakat ini masih boleh dan mampu mengawal ekonomi dengan baik walaupun Pakatan Rakyat mengkritik ekonomi negara.
Sekiranya harga minyak terus jatuh di bawah paras 40 dollar setong maka ia akan memberi impak yang besar kepada Petronas. Kos pengeluaran dan kos carigali semakin meningkat dan hasil pendapatan menurun. Kita patut risau sekiranya industri minyak negara berakhir seperti apa yang berlaku bijih timah.
Pkr hanya pandai mendesak agar royalty dinaikkan untuk negeri-negeri seperti Sabah dll. Sedangkan Petronas dan kerajaan amat berhati-hati dalam kewangan mereka.
Setakat ini belum ada perkhabaran kilang-kilang menutup operasi mereka di seluruh negara dan pekerja-pekerja asing masih dapat dilihat keluar/masuk bekerja seperti biasa .Ini satu petanda baik.
Nilai ringgit masih kukuh berbanding nilai-nilai matawang asing, tetapi sampai bila ia dapat bertahan. Diharapkan PM baru kita akan bijak menjaga ekonomi negara.
Tohmahan Anwar Ibrahim bahawa ekonomi negara gawat teruk, pengangguran meningkat, kilang-kilang banyak tutup setakat ini hanya retorik politik murahan sahaja.