Ahad, 22 Februari 2009

Komen dalam cyberboron(Jeritan politik malays)

TEMPUR ADA SENINYA

Malam tadi aku hadir satu taklimat di Bukit Gantang. Antara yang beri taklimat ialah Ustaz Ahmad Awang. Panjang taklimatnya. Di awal ucapannya, Naib Presiden PAS itu membaca ayat 60 Surah Al-Anfal:

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡوَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡلَاتُظۡلَمُونَ

" Bersiap sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, dan pasukan berkuda yang lengkap, yang dengannya dapat menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu, serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya; dan apa saja yang kamu belanjakan di jalan Allah, akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. "

Ayat ini telah ribuan kali dibacakan di merata pentas ceramah dan kuliah. Perintah Allah tentang 'persiapan' amat jelas. Jenis persiapan itu 'pelbagai', sesuai dengan keperluan pertempuran yang dihadapi. " مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم " mengisyaratkan 'apa saja yang dapat disediakan' atau 'selagi termampu' atau 'semua yang perlu' di gelanggang yang terbentang itu.

" رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ " ialah pasukan berkuda. Ia merupakan kekuatan paling hebat dalam peperangan zaman Rasulullah SAW. Allah memerintahkan supaya umat Islam menyediakan kekuatan terhebat itu. Tanpanya musuh tak akan gerun, apatah lagi jika mahu menumpaskannya. Kegerunan musuh adalah satu perkara manakala kekalahan musuh adalah satu perkara yang lain. Keupayaan mengalahkan musuh berkait dengan keupayaan menggerunkan mereka. Gerun membawa kepada lemah semangat dan kucar-kacir. Akhirnya mereka hilang kekuatan. Ketika itulah kita akan memuktamadkan kemenangan di pihak kita.

Keupayaan menyediakan kekuatan paling hebat itu pula bergantung kepada kesanggupan kita berkorban harta benda. Tanpa pengorbanan maka tak dapatlah kehebatan itu disediakan. Kita wajib yakin dengan kebaikan yang disediakan di sisi Allah untuk hamba-hambanya yang tidak kedekut memberi 'infaq' untuk menyiapkan pasukan kita dengan kelengkapan terhebat.

Hati aku tersentuh dengan 'ruh' ayat ini sambil mengenangkan rakan-rakan bloggers yang 'on duty' 24 jam sehari sejak lebih dua minggu yang lalu dalam keadaan serba tak lengkap dan serba tak cukup. Mudah-mudahan ada jiwa terpanggil untuk melengkapkan keperluan tugasan ini.

Takbir! Reformasi! Makkal Shakhti!

Comments :

1
TAIPINGMALI said...
on

Kalau Pas dapat 6 kerusi Perak saya ucap tahniah. Kalau diadakan lagi PRU/K mampukan Pas mengekalkan 6 kerusi Dun. Pengundi tidak akan terpedaya lagi dengan kata2 " Undi kafir hukumnya haram, undi lah calon Pas, dapat pahala, Kita akan dipersoal jika kita tidak memilih calon Islam" dan akhirnya negeri Perak jatuh ke tangan kafir juga. Pas hanya menjadi Tokong.

Post a Comment