Salam Dato,
Saya sudah membaca post Dato dan juga saya sudah memberi ulasan saya kepada post Dato. tetapi sampai sekarang dato tidak menyiarkan ulasan saya. Kenapa?
Saya juga ingin maklumkan saya bukan YB. gambar beliau saya letak di blog saya sebagai tanda sokongan kepada Umno Bukit Gantang. Jangan pening lah. Kalau saya YB bukan begitu cara saya menulis.
Mengenai 20 perkara yang di persetujui dalam kemasukan 2 negeri di dalam Malaysia memanglah diusahakan oleh Tunku untuk menwujudkan Malaysia Raya, iaitu sebuah negara rumpun melayu yang besar dan kuat dirantau ini. Kita tahu Filipina juga rumpun melayu yang sudah dberjaya dimanipulasikan oleh penjajah sehingga hilang terus budaya melayu dan agama Islamnya.
20 perkara itu banyak dipertikaikan oleh penduduk peribumi sendiri dan bukannya kami dari semenanjung. Soal bahasa, ketua negeri dan agama sering ditimbulkan oleh peribumi bukan Islam. Ia seolah-olah tidak bersetuju dengan wujudnya ketua negeri yang beragama Islam dan penggunaan Bahasa Melayu yang meluas di negeri ini. Juga peribumi pernah menuduh Kuala Lumpur sebagai kolonial kedua selepas British.
Seperti contoh seorang bukan Islam tidak rela mengizinkan anaknya memeluk agama Islam. tetapi tidak membantah sekiranya anaknya memeluk agama kristian, sedangkan ibubapa tidak mempunyai pegangan agama. Kenapa harus ada bantahan jika memeluk Islam. tetapi berbangga jika anak berkahwin dengan orang putih dan menjadi kristian. Oleh itu jangan timbul perkara agama dalam perlantikan ketua negeri atau agama rasmi negeri. kami tidak pernah mempertikaikan tentang agama rasmi negeri Perak. Cukuplah perlembagaan menyatakan Malaysia sebuah negara Islam. Tak perlu kenyataan rasmi seperti ini "Islam adalah agama rasmi negeri Perak".
Apakah benar tuduhan kolonial kedua? Apakah semua hasil maksyul negeri dirampas oleh Kuala Lumpur? Tidakkah negeri mengambil kira peruntukan besar yang dibawa masuk setiap tahun untuk kemajuan negeri tersebut.
Kemasukan kakitangan dari semenanjung juga dilihat dari sudut yang negatif, kononya ingin merampas jawatan yang sepatutnya dipegang oleh anak negeri. Ya betul , saya setuju, tetapi pada ketika itu bilangan anak negeri bumiputra yang menjawat jawatan di sektor kerajaan amat sedikit. Ini disebabkan oleh bilangan anak tempatan khususnya bumiputera ramai yang tidak mencapai tahap pendidikan untuk menguasai jawatan-jawatan kosong. Orang cina juga tidak berminat untuk mengisi jawatan kerajaan walaupun mereka mampu kerana kelayakan mereka. Bagaimanapun kita bersyukur sebab kaum cina sudi menjawat jawatan yang profile sederhana dan tinggi dalam kerajaan. tetapi amat sedikit untuk kerja kolar biru atau badan-badan beruniform.
Kemasukan kakitangan dari semenanjung juga bukan merampas hak tetapi lebih kepada semangat muhibbah dan perpaduann antara dua kontinental. Akan wujud perpaduan melalui perkahwinan dan persahabatan.
Hari ini bukan saja orang semenanjung yang diarahkan bertugas di sana, sudah ramai orang Sabah dan Sarawak ditugaskan di semanjung. Ianya amat baik dalam membuka minda dan wacana kita. Tidaklah akan wujud pepatah melayu seperti melihat dunia dari bawah tempurung. Lihatlah dunia dari mata helang. Jauh berjalan luas pemandangan dan pengalaman Dato..