Sabtu, 6 Jun 2009

PAS KEMBALI KEPADA BARISAN NASIONAL (klik)

Pas kemungkinan besar akan kembali berkongsi kuasa dengan Umno atau pun Barisan Nasional. Tiada yang mustahil di dalam politik. Yang pasti Anwar akan menyesal dan menggigit semua jari tangan dan kaki kerana kecewa yang amat sangat. Begitu juga Dap kecewa kerana gagasan Malaysian Malaysia akan berakhir setelah Pas angkat kaki.

Taipingmali amat menyokong usaha ini jika ia berlaku. Ini kerana tahun 1972 telah menjadi saksi bahawa Pas dan Umno boleh bekerjasama. Datuk Haji Mohd Nakhaie bin Haji Ahmad adalah contoh pemimpin Pas yang telah menyertai Umno hingga ke hari ini. Oleh itu Nakhaie boleh menjadi perantaan antara Umno dan Pas. Beliau orang lama, lebih lama dan lebih berpengalaman daripada Mat Sabu, Mahfuz , Husam Musa, Nasharuddin, Dr Hassan Ali dan ramai lagi dalam Pas

Diluar dewan ramai penyokong Husam terkejut dengan kekalahannya dan hairan bagaimana Nasharuddin boleh menang. ramai mempertikaikan kenapa keputusan tersebut terpaksa bermalam dalam peti rahsia dan diumumkan secara rasmi keesokan harinya.