Jumaat, 31 Julai 2009

Kata blog Empayar Malaya.

TUGU NEGARA SIMBOLIK MAKAM PAHLAWAN NEGARA: Selamat Hari Pahlawan


Syahdu di pagi Jumaat ini melihat tugu negara yang kaku sambil Jalur Gemilang yang berkibar lambang negara berdaulat terus berkibar megah.

Ramai menyalah tafsir wujudnya tugu negara ini kononnya rakyat Malaysia beragama Islam seakan memuja patung yang tidak bernyawa.

Hakikatnya, ia adalah simbolik sebuah makam yang melambangkan tempat bersemadinya pahlawan-pahlawan negara yang berjuang mempertahankan tanahair ketika zaman penjajahan dahulu.

Walaupun ada diantara pahlawan negara yang gugur ada kuburnya tetapi ramai juga yang tidak diketahui dimana tempat semadinya kerana ada diantara mereka ditangkap oleh penjajah kemudian disiksa dan dibunuh dengan kejam sehingga tidak kelihatan lagi jasad asalnya.

Jadi, mayat yang sudah tidak berbentuk lagi itu dibuang merata tempat sehingga tidak diketahui hingga kini.

Atas inisiatif kerajaan, Tugu Negara dibina bagi menjadi simbolik makam mereka.

Upacara meletak kalungan bunga pula bukanlah satu upacara spritual yang sering disalah anggap oleh pembangkang tetapi ia lebih kepada seakan-akan kita sedang menziarahi kubur saudara kita dan kita taburkan bunga dan air supaya setiap benda itu akan mendoakan kesejahteraan roh yang didoakan.

Seluruh kepimpinan negara dan kepimpinan tentera dan polis negara bukan hanya mengikuti upacara perletakan kalungan bunga namun selepas itu, diadakan pula majlis tahlil dan doa selamat mendoakan semoga roh pahlawan negara yang bersemadi akan diletakkan bersama orang-orang yang syahid.

Pasti, kita akan terkenangkan perjuangan Tok Janggut, Dato Bahaman dan Dato Maharajalela. Kita juga pasti terkenang gugurnya leftenan Adnan dan Kematian berdarah polis ketika peristiwa Bukit Kepong.

Kini, bangganya hati kami seluruh rakyat Malaysia kerana selama 52 tahun kita sudah merdeka, negara kita masih aman dan damai hasil pengorbanan suci pahlawan negara.

Terima kasih atas segalanya.

Wallahhualam.

2 comments:

perunding said...

mana pernah tentera/askar malaysia/malaya lawan penjajah.

penjajah adalah brittish.!!!
askar melayu adalah bertugas dengan kolonial brittish!!!

komen TM ,
wahai perunding, penulis kata zaman penjajah. Musuh negara ketika itu ialah Jepun dan PKM.
Anonymous said...

salam,

saudara perunding,

awak tak pernah belajar sejarah ke kat sekolah dulu? atau masa cikgu ajar awak tidur dalam kelas? tolong pergi balik sekolah belajar sejarah. kalau tak paham jugak, saya boleh ajar bagi paham.