Jumaat, 31 Julai 2009

Kata Jutawan Balak Kelantan: Umno jangan bertanding di Permatang Pasir.

Seorang jutawan balak halal /haram yang berkuasa dan berpengaruh di Kelantan hari ini telah bersuara dengan nada yang sinis, merayu agar Umno tidak bertanding di N11.

Sebabnya dulu BN tidak bertanding di Penanti dan memang elok sangatlah BN juga memberi laluan mudah kepada Pas. Kenyataan Jutawan terkenal ini juga sama semasa di Manek Urai tempoh hari.

Jutawan balak ini nampaknya sedikit gentar untuk menghadapi PRK kali ini. Setakat ini Pas hanya mempunyai satu kerusi di P.Pinang dan jika kalah kali ini bererti gigi tunggal Pas akan habis dan rogaklah wajah Pas di P.Pinang.

Jutawan Pas juga berkata BN tidak perlu bertanding kerana ia boleh menjimatkan wang rakyat. Hujah ini TM senyum sajalah. Sebenarnya BN lebih berfikiran jauh dan panjang kerana meletakkan calon-calon yang sihat semasa PRU. Berbanding dengan Pas yang banyak meletakkan calon yang hampir lupus kira

Sama juga dengan Dap, calon dalam tahanan ISA pun bertanding, calon berkerusi roda pun bertanding, ini kerana parti mereka samada ketandusan pemimpin atau pemimpin mereka hanya menjaga perut dan kantung segelintir ahli saja.
Begitulah juga halnya dengan Al-Jub, dalam PRU 13 anak cucu , menantu dan sepupu sepapat nya akan bertanding.

Adakah Dato Ustaz Firdaus akan bertanding bagi pihak BN kali ini? sama-samalah kita nantikan. Yang penting BN kena bertanding, Jangan beri Pas menang mudah. dan tidak layak Jutawan balak tersebut melarang BN daripada bertanding. Malaysia ialah negara demokrasi berparlimen, raja berpelembagaan.

Selamat berkempen, selamat mengundi buat kali ke 3 bagi penduduk Permatang Pasir.