Jumaat, 28 Ogos 2009

Apa anda rasa bila anda membaca frasa-frasa 'cantik' dibawah?(klik)



1. Enjoying a cold beer is a basic Human Right to all people, no matter what religion or colour of their skin - this is a terible way to treat people.

2. Kartika, do not submit to this sadistic, demeaning humiliation. Eyes around the entire world are looking at Malaysia with scorn and dismay that these barbaric, backward practices still prevail in your country. You did nothing wrong. The authorities who spy on their citizens and trespass basic individual dignity and human rights by forcing you to submit to a urine test when you when you were not drunk or disorderly, who subject you to indignity and bodily punishment -- they are demented and primitive, Kartika.
I am raising a glass of beer (Coors Light, if anyone's interested) in your honor, on this fine August afternoon, here in California. People all over the world are with you, Kartika. Do not bend over -- look your torturer right in the eye, and say NO: "The world is watching and we say NO."
Canadian in California (dual citizen of two great countries)

3. Wake up Malaysia this is the 21st Century. It's time has come the someone in your government has the balls to say no more to the Sharia Laws.

4. Sharia law is repulsive to any thinking human. It should not exist in a civilized world.

5. I love Malaysia, but anyone planning a trip there should cancel as a form of protest.


Ahh... ada banyak lagi.. itu baru satu 'bukumuka'. Entah berapa puluh ribu liun lagi komen di merata-rata tempat dalam alam siber ni. Semuanya bernada yang hampir sama. Saya tidak berhajat untuk menghulurkan 'sermon bug' kepada rakan-rakan sekalian. Saya cuma ingin memetik satu hadis Nabi (SAW):

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)

Dunia bukan Islam memandang 'khamar' sebagai satu perkara biasa. Benda alah yang kalau ditogok sedikit tidak mendatangkan kesan, dan kalau ditogok banyak-banyak hanya bisa menjadikan 'penogok' ting-tong! Itu saja. Malah ada jugak togokan yang mungkin menjadikan penogok hebat berkungfu.. kekekekeke! Walaupun sekadar dalam filem..!

Tapi harus diingat perintah larangan khamar di dalam Islam memang termaktub secara jelas di dalam Al-Quran Al-Karim.

Wahai orang-orang yang ada iman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata. (Al-Maidah Ayat 90-92).

Saya tidak mahu berpanjang-panjang. Saya membuka seluas-luasnya ruang untuk dibincangkan. Sama ada anda mahu menulis di blog sendiri, atau mahu bincangkan di sini, itu adalah pilihan anda. Dan sekiranya anda mahu melihat komen-komen yang menggambarkan undang-undang Shariah di Malaysia sebagai 'Undang-undang Pra Sejarah', anda boleh cari sendiri di facebook. Cari sendirilah.. sememangnya saya tidak gemar 'menyuap' terus.

Dan perbincangan pun saya buka... sila.. sila...!