Isnin, 31 Ogos 2009

APA HAL LAH PULAK MAI TAIPING NIIIII?

Keluarga Kartika jawab tohmahan mengatakan kononnya mereka rakyat asing

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

SHUKARNOR (kanan) menerangkan salasilah keluarganya yang bersaudara dengan Ngah Ibrahim kepada Kartika ketika menziarah makam Ngah Ibrahim di Kompleks Sejarah Matang, Taiping semalam.

TAIPING - Shukarnor Abdul Mutalib, 60, kurang senang dengan kecaman segelintir masyarakat termasuk beberapa penulis blog yang memperlekehkan niat ikhlas anaknya, Kartika Sari Dewi, 32, untuk menjalani hukuman sebat akibat kesalahan minum arak.

Lebih mengecewakan beliau ialah ada pihak yang mempertikaikan asal-usulnya termasuk mendesak status kerakyatan keluarganya ditarik balik.

"Mereka mencemuh Kartika kononnya berasal dari negara jiran dan telah memalukan negara ini. Ekoran itu, kami sekeluarga telah didatangi pihak polis beberapa hari lalu bagi menyiasat latar belakang kami.

"Saya ingin tegaskan kami anak Melayu Perak jati dan merupakan keturunan Ngah Lamat iaitu bapa saudara Tengku Menteri Ngah Ibrahim yang merupakan salah seorang pembesar negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membawa Kartika dan beberapa anaknya yang lain ke makam Ngah Ibrahim yang terletak di Kompleks Sejarah Matang dekat sini semalam.

Shukarnor memberitahu, beliau juga terlibat secara langsung dalam proses membawa pulang tulang-temulang Ngah Ibrahim dari Singapura ke Perak yang disempurnakan pada September 2006