- Kebebasan berfikir
- memerlukan pembaharuan dalam agama.
- Aliran Islam liberal mengkehendaki Islam melalui pemahaman dan logik akal. Dan mendakwa akal juga adalah wahyu.
- Membahagikan wahyu kepada dua jenis iaitu wahyu bertulis (al-Quran) dan wahyu tidak bertulis.
- Hak Asasi Manusia
- merupakan salah satu ciri penting dalam memperjuangkan Islam Liberal.
- Pluralisme Agama (Persamaan antara agama)
- Golongan Islam Liberal berpendapat Islam bukan satu-satunya agama yang benar. Bahkan semua agama di dunia ini adalah sama dan benar berdasarkan kepada konsep keseluruhan. Iaitu semua agama memiliki Tuhan dan menganjurkan kebaikan.
- Sebagai contoh, Nurcholis Majid berpendapat bahawa pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan tuhan (sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin ditentang dan diingkari.
- Demikian juga pendapat yang dikemukan oleh Alwi Shihab di dalam bukunya Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Beliau berpendapat bahawa ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 surah al-Ma’idah itu bersifat inklusif bukannya eksklusif untuk umat Islam sahaja. Pendapat ini disokong oleh Abd Rahman Wahid(Gus Dur), Djohan Effendi, Arief Budiman dan ramai lagi.
Ulil Absar Abdalla pula mengatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju kebenaran. Jadi Islam bukanlah yang paling benar.”
- Mengkritik Al-Quran sebagai tidak sesuai dengan zaman
- Penganut Islam Liberal enggan menyebutkan “Allah berfirman” disebabkan mereka mendakwa al-Quran merupakan susunan kata-kata Muhammad atau merupakan karya bersama. Mereka berhujah bahawa teks al-Quran dalam bentuk apapun pada hakikatnya adalah produk budaya.
- Sebagai contoh, Nasr Hamid Abu Zayd menganggap hukum-hakam di dalam al-Quran hanyalah sesuai dengan sosiobudaya, ekonomi, dan politik masyarakat Arab abad ke-7 sahaja.
- Selain itu, muncul pula Hassan Hanafi dari Mesir yang mempelopori pemikiran Islam Berhaluan Kiri. Beliau berpendapat bahawa nas al-Quran adalah dilalah dzanniyyah. Manakala akal merupakan pemutus (al-Qat’iyyah) terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Ketuhanan, Kenabian dan Hari Akhirat.
- Manakala Muhammad Arkoun menggunakan pendekatan sejarah dalam menafsirkan al-Quran. Dan beliau berkeyakinan bahawa sebarang kajian kritis sejarah terhadap al-Quran merupakan satu bentuk ijtihad zaman kini. Lantaran itu, dia telah mengintegrasikan bahan sejarah dari pelbagai agama seperti Hindu, Buddha, Injil Perjanjian Lama dan Injil Perjanjian Baru. Beliau juga berpendapat bahawa al-Quran itu lebih suci ketika berada di peringkat pertama jika dibandingkan dalam bentuk bertulis.
- Hermeneutika mengambil kaedah penafsiran orientalis yang mengaplikasikan kaedah mentafsirkan Bible kepada al-Quran.
- Menghina Nabi Muhammad s.a.w
- Golongan Islam Liberal menganggap bahawa kenabian Rasulullah s.a.w hanyalah menggambarkan kemampuan seseorang manusia yang memimpin kelompok tertentu.
- Di samping itu mereka juga menganggap bahawa Rasulullah s.a.w sebagai manusia yang biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dan umat ini pula dituduh berpura-pura kerana mempercayai kesempurnaan yang ada pada Baginda s.a.w. Bahkan apabila kita mengikuti teks al-Quran dan al-Sunnah, dianggap sebagai menyembah teks berkenaan dan melupuskan fungsi akal.
- Dibantu Yayasan Kristian
- Idea, pertubuhan dan individu Islam Liberal di sokong kuat dan dibantu oleh yayasan Kristian. Antaranya Rand Corporation, Asia Foundation, USAID, CIA yang disokong kuat oleh Amerika Syarikat.
- Di Malaysia, Yayasan Kristian yang membantu perkembangan Islam Liberal ialah Konrad Adenaeur Foundation (KAF) dan Freidrich Naumann Foundation (FNF) yang kedua-dua berasal dari Jerman.
- Pertubuhan ini akan memberi dana dan mempromosikan idea bagi menentang Islam Fundamentalis.
- Menggunakan pendapat falsafah Barat
- Kebanyakkan pendukung Islam Liberal mengambil rujukan utama dari pendapat falsafah Barat berbanding dengan golongan ulama.
- Memperjuangkan kumpulan minoriti
- Misalnya memperjuangkan kelompok agama pagan orang asli.
- Menolak Mahkamah Syariah
- menentang poligami
- menganggap kewujudan Mahkamah Syariah bertentangan dengan mahkamah sivil
- Menolak Negara Islam
- Homoseksual dibenarkan
- Arus liberalisme telah masuk institusi gereja dan menerima amalan-amalan homoseksualiti.
- Menurut Eric James (anggota gereja Inggeris) dalam bukunya “Homosexuality and a Pastoral Church” menyarankan agar gereja memberikan toleransi pada kehidupan homoseksual dan mengizinkan perkahwinan homoseksual antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita.
- Menurut Prof Dr Siti Musdah Mulia, Pengarah di UIN (Universitas Islam Negeri) Jakarta, menulis bahawa homoseksual dan homoseksualiti adalah alami (semulajadi) dan dicipta oleh Tuhan kerana itu dihalalkan dalam Islam (memetik dalam The Jakarta Post, 28/3/2008 berjudul ‘Islam recognizes homosexuality’)
- Emansipasi Wanita
- Persamaan gender di antara lelaki dan wanita.
- Menganggap wanita di negara Islam mundur kerana hukum Islam yang ada menindas wanita Islam.
- Menyalahkan hukum syariah yang membezakan antara hukum lelaki dan wanita dianggap tidak adil dan perlu dirombak.
- Sebagai contoh : Poligami tidak sah dan adil, perkahwinan muslim dengan bukan Islam dianggap sah, Isteri boleh jatuhkan talak, hak pewarisan lelaki dan wanita mesti disamakan dan wanita boleh jadi imam.